Gambar Bernama

Seorang lelaki Jerman didakwa nekad mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 sebanyak 90 kali untuk dirinya bagi memperolehi sijil vaksin yang akan dipalsukan dan dijual kepada orang ramai, lapor Daily Mail.

Sijil vaksinasi yang mempunyai nombor siri itu akan dijual kepada mereka yang tidak mahu disuntik dengan vaksin COVID-19.

Menurut laporan, lelaki berusia 60 tahun dari bandar Magdeburg itu telah menerima sehingga 90 vaksinasi COVID-19 di pusat-pusat vaksinasi yang terletak di Saxony.

Setelah berbulan-bulan dipantau oleh pihak polis, dia akhirnya telah ditangkap baru-baru ini.

Lelaki itu ditemui selepas dia baru sahaja menerima suntikan vaksin COVID-19 selama dua hari berturut-turut di Eilenburg, Saxony.

Dalam serbuan itu, beberapa kad kosong telah dirampas daripada lelaki tersebut.

Bagaimanapun, dia tidak ditahan tetapi sedang disiasat kerana mengeluarkan kad vaksin tanpa kebenaran serta pemalsuan dokumen.

Tidak dapat dipastikan berkenaan kesan 90 dos vaksin daripada jenama berbeza terhadap kesihatan lelaki itu.

Sementara itu, dalam beberapa bulan kebelakangan ini, polis Jerman telah melakukan pelbagai serbuan berkaitan pemalsuan sijil vaksin.

Difahamkan, ramai di Jerman yang telah menolak untuk divaksin namun memerlukan sijil vaksin berkenaan.

Sijil itu memudahkan akses kepada kemudahan awam seperti restoran, teater, kolam renang atau tempat kerja.

Dalam pada itu, jumlah jangkitan COVID-19 juga dilaporkan tinggi di negara itu sejak akhir-akhir ini tetapi banyak kelonggaran telah diberikan.

Rakyat negara itu tidak lagi diwajibkan untuk memakai pelitup muka di kedai runcit, sekolah dan teater.

Langkah itu telah membimbangkan persatuan guru di mana mereka telah memberi amaran bahawa ia boleh menyebabkan kemungkinan konflik dalam kelas.

“Ia bahaya untuk kanak-kanak yang memakai pelitup muka kerana dia mungkin akan diusik oleh rakan sekelas dan dilabel sebagai pengecut atau terlalu melindungi diri.

“Sepatutnya tekanan diberikan kepada mereka yang tidak memakai pelitup muka,” kata presiden Persatuan Guru Jerman, Heinz-Peter Meidinger.

Menurutnya lagi, dia menyambut baik komitmen sukarela oleh guru dan pelajar untuk terus memakai pelitup muka di dalam kelas dan di kawasan sekolah.

Di samping itu, pakar kesihatan memberi amaran bahawa lonjakan jangkitan terbaharu di negara itu yang dicetuskan oleh subvarian omikron BA.2 mungkin memuncak.

Semalam, terdapat 74,053 kes baharu yang dilaporkan dan mencatatkan 130,029  kes kematian.


Sumber : siakapkeli.my

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama