Diwiyana Mohammed, 37, atau lebih mesra dengan panggilan Kak Yana mendakwa telah membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan melalui dua agensi sebanyak dua kali namun tidak berjaya.

Beliau akhirnya terpaksa menggunakan pengaruh ‘viral’ di media sosial sebagai jalan akhir untuk memohon simpati orang ramai bagi membantu ibunya Selamah Hamid, 73 yang terlantar akibat angin ahmar.

Pelbagai kecaman dan cemuhan seterusnya dilemparkan oleh netizen kepada pihak yang bertanggungjawab menjaga kebajikan orang Islam khususnya di bahagian Bantuan Zakat dan Baitulmal.

Satu hantaran di Facebook telah dibuat oleh Adam Mukhriz dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi menjelaskan keadaan dan memberi sedikit pencerahan kepada orang ramai.

Ini adalah secara ringkas jenis bantuan yang telah dibantu oleh Baitulmal MAIWP kepada beliau semasa tinggal di Cheras. Sebab banyak komen Baitulmal dan Zakat buat apa? Jadi ini pencerahan untuk makluman masyarakat Islam.



Semasa Puan Diwiyana Binti Mohamed tinggal di Cheras dahulu beralamat DA-01-09, Blok Delima Persiaran Baiduri Cheras, beliau telah menerima bantuan Baitulmal MAIWP:

Bantuan Perniagaan pada 1/2013 berjumlah RM2000 one off.

Bantuan Kewangan Bulanan 11/2015 – 10/2016 sebulan RM250, jumlah RM3000 untuk setahun (pertukaran nama ketua keluarga kerana berkahwin).

Bantuan Kewangan Bulanan 3/2015 – 2/2016 sebulan RM400, jumlah RM4800 untuk setahun (bantuan atas nama suami Mohd Ashraf bin Adam).

Kemudian telah berkahwin baru dengan Taufiq Iqmal bin Yusof pada 24/11/2015 dan tinggal di Blok 3-4-13 Jalan 2144A, Taman Bukit Cheras. Suami bekerja Mydin dengan pendapatan RM1758.65 sebulan. Kemudian suami beliau berniaga mesin jualan top-up e-bill dengan pendapatan bersih RM2053 sebulan. Ibunya masih menerima bantuan JKM secara bulanan RM350 dan mendapat rawatan di HUKM.

Bantuan Perniagaan pada 1/2019 berjumlah RM2000 one off (atas nama suami).

Bantuan Am Persekolahan anak Nur Balqis Alia tahun 2019 RM500, tahun 2020 RM600, tahun 2021 RM800, tahun 2022 RM800 (tetapi tahun 2022 akan ditahan kerana tiada makluman yang anak-anak beliau berpindah sekolah). Beliau juga tidak memaklumkan kepada Baitulmal telah berpindah ke Perak.

Bantuan Peralatan Persekolahan anak Nur Balqis Alia 12/2020 bernilai RM350 dan 1/2022 bernilai RM350 (tapi akan ditahan kerana telah berpindah ke Perak kerana tiada makluman yang anak berpindah sekolah ke Perak).

Ibunya juga Puan Selamah binti Hamid, penerima Bantuan Kewangan Bulanan pada tahun 2012 (tidak dinyatakan kerana rekod lama), tahun 2013 RM200 sebulan, berjumlah RM2400, dan 3/2014 sehingga 2/2015 sebulan RM250, berjumlah RM3000.

Jadi, pihak Baitulmal dan Zakat telah bantu mereka sejak lama dahulu sebelum diviralkan dan dibantu oleh Ustaz Ebit Lew lagi. Kalau masyarakat nak bantu, silakan. Tiada masalah. Cuma semak dahulu sebelum sebar. Kerana pemberian wang zakat dan sedekah, tidak sama.

Sumber : odisi.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama