VIDEO anak perempuan Allahyrham Siti Sarah iaitu Dzahira Talita Zahra memeluk seorang wanita mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram arwh Sarah, Talita, 9, dilihat begitu mesra memel0k wanita yang ldentitinya dirahsiakan.

“Aunty kesayangan teman Dekta (Talita) kerja.


“Kalau tiada aunty, tak nak kerja. Nasib baik aunty tak sibuk… rajin melayan,” tulis pengendali akaun tersebut pada ruangan kapsyen.

Wajah wanita berkenaan bagaimanapun tidak kelihatan dengan jelas apabila ia disunting dengan meletakkan emoji.

Namun menerusi ruangan k0men, netizen mula berteka-teki dan nama pelakon Wan Sharmila disebut sebagai wanita dalam video berkenaan.

“Macam Wan Sharmila.



“Macam Wan Sharmila bulu mata lentik begitu,” komen netizen.

Sebelum ini menerusi temubual bersama mStar, Shuib mengaku sedang berkawan rapat dengan seorang wanita namun hubungan tersebut belum serius.

Malah dia juga sudah mendapat lampu hijau daripada ibunya untuk mencari teman pengganti.

Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.


Selain Talita, mereka juga dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang baru berusia 6 bulan.

Ayash dilahirkan secara pembed4han ketika arwh Sarah dimasukkan ke hospital akibat jngkitan Covid-19.

Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 di PPUKM, Kuala Lumpur.
Ibu bagi ‘green light’ kahwin lagi, Terfikir siapa nak terima duda anak 4

SELEPAS hampir lima bulan pemergian isteri tercinta iaitu Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, pelawak dan ahli perniagaan Shuib Sepahtu mengakui ada mengenali wanita lain.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, bagaimanapun berkata, hubungan itu masih terlalu baharu dan diperingkat berkawan.

“Ada kenal orang baharu, hanya berkawan dahulu buat masa sekarang”

“Saya tak berani nak cakap. Harap semuanya baik-baik sahaja. Saya serahkan kepada Allah.

“Nak bercerita soal apa yang berlaku ke depan saya sendiri tidak tahu,” katanya kepada mStar.

Shuib ditemui pada Majlis Pelancaran Tudung Loveta X Anzalna yang diadakan di Hotel The Ruma, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Dalam pada itu, bapa kepada empat cahaya mata ini berkata, dia sudah mendapat ‘lampu hijau’ daripada ibunya untuk mencari pengganti.

“Ibu pun ada bercakap supaya saya mula kenal dengan orang lain. Tapi saya fikir bagaimana orang nak terima saya dengan anak empat.

“Ada yang cakap terlalu awal. Ada juga yang cakap untuk saya terus bergerak,” ujarnya.

Berkongsi tentang perkembangan lain, Shuib beritahu dia kini lebih fokus pada keluarga dan perniagaan air minuman Bubble Bee yang diusahakan.

“Saya memang slow down sedikit dalam dunia seni. Ramai juga kawan-kawan yang ajak kembali.

“Namun buat masa sekarang mahu fokus kepada keluarga dan perniagaan,


“Selagi tak jumpa orang baru, saya asyik terkenang dan simpan perasaan sendiri,” jelasnya.

Untuk rekod, Shuib berkahwin dengan Siti Sarah pada tahun 2011.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur akibat C0vid 19.

Allahyrham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu yang diberi nama Ayash Affan.

Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

Sumber: mstar

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama