Setiap pasangan yang bercinta pasti mempunyai lmpian untuk mengakhiri hubungan mereka dengan sebuah ikatan perkahwinan. Sama seperti seorang lelaki yang dikenali dengan nama Fakhrulhz yang berhasrat untuk menghaIaIkan teman wanitanya.

Namun siapa sangka, lmpian tersebut akhirnya terkub0r begitu sahaja selepas wanita itu nekad memutuskan hubungan di antara mereka.

Hubungan mula bermasaIah.


Kisah sedih itu dikongsikan oleh Fakhrulhz menerusi satu video yang dimuat naik di TikT0k. Dkwa lelaki ini, dia sudah menghantar rombongan merisik teman wanitanya itu malah mereka berdua juga sudah berbinc4ng mahu meneruskan ke fasa pertunangan pula. Mengimbas kembali kenangan tahun lalu, Fakhrulhz mengakui segala persiapan termasuk baju, pelamin dan cincin pertunangan juga sudah dipilih oleh kedua belah pihak. Bahkan tarikh pertunangan juga sudah ditetapkan.

Namun jod0h mereka tidak panjang. Hubungan mereka dipercayai mula bermasaIah selepas teman wanita Fakrulhz seakan mendes4k dan mengajaknya keluar ‘dating’ memandangkan mereka sudah enam bulan tidak berjumpa. Meskipun Fakhrul sudah memberitahu beberapa sebab mengapa mereka tidak boleh berjumpa, tetapi wanita itu dikatakan masih tegas dengan pendiriannya.


First, b tak boleh nak datang sebab sekarang kita jauh. Kedua sebab PKP. Sayang ingat tak ada risiko ke lalu r0adbl0ck? Kalau kena tahan b nak cakap apa? Ketiga b tak nak ibu sayang cakap asyik keluar dengan b je. Memb4zir duit. Keempat b nak simpan duit kahwin. Kalau sayang tak boleh LDR macam ni, b sanggup apa sahaja keputusan sayang.

‘Memang hantaran aku 20k’


Menerusi perbualan Fakhrulhz bersama bekas kekasih hatinya, wanita tersebut mendkwa dia tidak begitu yakin dari segi kewangan. Dkwanya lagi, bukan mudah bagi Fakhrul untuk mengumpul duit sebanyak RM20k dalam masa terdekat. Dia juga tidak mahu kehidupan mereka kelak akan bermasaIah atau bergad0h disebabkan duit. Siapa sangka, tidak lama kemudian wanita terb4bit sekali lagi ‘mengungkit’ mengenai wang hantarannya yang berjumlah RM20k.


Kau sendiri cakap 20k tak ada kau bla, baik aku terus cakap dekat mak aku. Kau kena ingat, adik kau pun perempuan. Dia pun tahu perasaan perempuan. Cuba bayangkan bakal adik ipar kau cakap macam tu. Memang hantaran aku 20k.

Menurut Fakhrulhz, seminggu kemudian, wanita itu membuat keputusan untuk berpisah dan memulangkan kembali cincin merisik yang diterimanya. Tetapi apa yang lebih meruntun hati apabila Fakhrulhz mendkwa melihat p0sting di Facebook ibu bekas teman wanitanya yang memaklumkan bahawa anak perempuannya sudah selamat mengikat tali pertunangan pada 18 Disember 2021.


Sepatutnya ini tarikh pertunangan kita. Patutlah mak awak minta hantaran 20k, rupanya masa awak dengan saya, awak dah ada yang lain. Cantik sangat awak pakai baju yang kita pilih sama-sama. Pelamin yang kita pilih. Tapi saya reda.

Video:



Sumber: Fakhrulhz

Via ohbulan

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama