Hari perkahwinan sudah tentu akan menjadi satu detik yang paling bersejarah dan ditunggu-tunggu oleh b4kal peng4ntin. Malah masing-masing pasti cukup teruja untuk melakukan persiapan dari hujung kaki hingga hujung kepala.

Kenal dari 2019 lagi nak bina rumah tangga…Terima kasih untuk keputusan hari ini

 

Namun keterujaan seorang gadis ini untuk mendirikan rumah tangga malah musnah sekelip mata lalu kisah pilunya dik-ngsikan menerusi beberapa video di TikTok. Tatkala semua persiapan sudah dilakukan baik dari segi hantaran dan juga pakaian, pernikahannya bersama pasangan yang dikenali sejak 2019 tidak dapat dilaksanakan.

Saya call dia dah nak dekat 300 kali, tapi tak pernah angkat…Malam nak pakai inai pun call

 

Menerusi satu rakaman live yang dibuat, gadis tersebut mendakwa bakal suaminya itu langsung tidak dapat dihubungi ibarat menghilang begitu sahaja. Sampai kepada masa berinai pun, lelaki terbabit cuba ditelefon dengan harapan akan ada bayang yang muncul agar pernikahan boleh dilangsungkan.

 


Along harap kalau masih ada jodoh lagi dengan dia, boleh terima balik

Biarpun itu, gadis tersebut meluahkan telah pun reda apabila diperlakukan seperti itu oleh bakal suaminya sendiri. Dalam pada itu, dia tidak menolak jika jodoh mereka masih ada kerana akui rasa sayang masih lagi ada. Meskipun impiannya tak kesampaian, gadis berkenaan tetap menyarung busana pengantin tersebut sebagai tanda kenangan.

Sumber : santaiviral

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama