[Video] Dituduh Menyuntik ‘Angin’ Kepada Raif, Jururawat Yang Suntik Anak KJ Tampil Bersuara

JURURAWAT yang menyuntik vaksin COVID-19 kepada anak Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, menyangkal dakwaan bahawa dia menyuntik ‘angin’ kepada Raif.

Dalam satu muat naik di media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jururawat yang tidak didedahkan namanya itu memohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi berkaitan perkara tersebut.

“Tolong, tolong, tolong, jika anda tidak tahu jangan buat andaian dan jangan tuduh kerana ini melibatkan kehidupan orang.”Jika perkara ini jadi kepada diri anda, apa yang anda rasakan? Tidak selesa, sakit hati dan geram.

“Saya cuma buat kerja saya sedaya upaya untuk lancarkan proses dan berikan keselesaan kepada kanak-kanak yang saya cucuk vaksin.”Saya tidak mahu menjadikan perkara ini sesuatu perkara yang mentraumakan mereka.

“Saya tidak akan tunjukkan jarum itu kerana kanak-kanak akan jadi takut dan saya terpaksa letakkan tangan saya ke bawah dan cuba alih perhatian mereka seperti menyuruh mereka mengira satu hingga 10.”

“Kalau anda tidak mahu ambil vaksin COVID-19 tidak mengapa, tetapi jangan tuduh orang secara tidak berasas seperti itu,” katanya pada Rabu.

Raif yang berusia enam tahun selesai menerima suntikan vaksin dos pertama di pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Isnin lepas.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 10 saat memaparkan Raif yang disuntik vaksin COVID-19 oleh jururawat berkenaan dengan kapsyen dakwaan dos tersebut dibuang terlebih dahulu sebelum disuntik ke lengan anak Menteri Kesihatan itu.

Khairy turut membidas dakwaan tersebut sebagai fitnah dan memberi amaran kepada golongan antivaksin agar tidak menganggu ibu bapa yang mahu mendapatkan vaksinasi COVID-19 kepada anak-anak mereka.




Antara Komen Netizen




Hari ini Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin beri respond tentang perkara tersebut.

Golongan ibu bapa yang tidak mahu anak-anak mereka divaksinasi tidak perlu mengganggu mereka yang mahu berbuat demikian. Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, ada pihak yang sanggup menyebarkan fitnah dengan menyatakan anaknya hanya dicucuk dengan angin untuk mempengaruhi orang lain.



Dalam ciapan di Twitter hari ini, Khairy berkata ketika ini lebih ramai ibu bapa yang yakin dengan vaksin untuk melindungi anak mereka.

“Walaupun ada yang sebar fitnah anak saya dicucuk angin, semakin ramai ibu bapa yakin dengan vaksin. “Jangan kacau orang lain yang nak vaksinkan anak mereka,” katanya.

Data dikongsikan Khairy turut menunjukkan liputan dan pendaftaran vaksin untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun meningkat sebanyak 24,967 pada Rabu yang membawa kepada 892,974 pendaftaran bagi PICKIDS.



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan 70 peratus daripada empat juta kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima vaksin menjelang hujung Februari ini.

Khairy sebelum ini turut memuat naik gambar dan video anaknya, Raif, 6, menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) World Trade Centre (WTC) di ibu negara.

Sumber : K! Online / Astro Awani via two.e-kesah

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama