Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video memaparkan satu keluarga berbangsa Cina yang berhenti membuat persembahan tarian singa sejurus mendengar laungan azan telah meraih perhatian orang ramai.

Video kejadian itu dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang merakam secara sembunyi dan dari jarak jauh.

Menerusi video tersebut, dilihat keluarga itu baru sahaja ingin memulakan persembahan tarian singa tetapi segera memberhentikan dan memberi penghormatan kepada luangan azan.


Time buat tarian singa, azan asar berkumandang. Diorang stop untuk menghormati, terima kasih saudara-saudaraku.

Sehingga kini, video berkenaan telah meraih 328.5K tontonan dan 31.6K tanda suka di laman TikTok.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen mengagumi tindakan keluarga itu dan akui tersentuh dengan nilai murni yang seharusnya dijadikan tauladan buat semua bangsa.
@ayiebudakcat respek ♥️ #fyp #malaysia ♬ bunyi asal - AyieBudakCat


“Terbaik, so kita yang Islam pun kena hormat agama lain,” tulis seorang netizen.

“Betapa hormatnya ketika laugan azan kumandang, respect.. contoh yang baik,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Sumber Tiktok

Via beautifulnara

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama