Memiliki anak kecil sudah pasti akan meriuhkan lagi suasana di rumah. Tidak dinafikan, budak-budak kecil sememangnya sangat comel dan telatah mereka menggeramkan. Tambahan lagi, jika mereka mempunyai perangai ‘panjang akal’, memang akan dijadikan bualan keluarga dan rakan-rakan.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila budak kecil berusia 3 tahun memilki badan yang sado telah mencuri tumpuan ramai.

Miliki badan sado dan berotot di bahagian lengan

Menerusi video berkenaan, kelihatan aksi seorang budak kecil sedang dirakam oleh keluarganya di halaman rumah.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila budak lelaki itu memiliki badan yang sado. Dia dilihat mempunyai otot di bahagian lengan seperti orang yang pergi ke gym. Ototnya nampak lebih jelas apabila dia mengangkat tangan.



[Video]
@nadril_fadhli Rame gak nih ? Umur 3 tahun otot udah full 💪 #fyp ♬ INDUSTRIAL WOLFGANG - WG MUSIC RECORD

“Mungkin masa mak dia mengandung bukan minum susu, tapi minum suplemen buat orang gym” – Netizen

Susulan tularnya video yang kini meraih sehingga 28M tontonan, 1.9M tanda suka dan 21K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terpegun melihat si cilik itu.





sumber: says.com

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama