Kalau ya pun kesian tengok, tak payah lah jerit sampai satu kedai dengar. Malu orang tau.

Setiap ibu pastinya inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Tiada siapa yang sanggup melihat anak-anak kelaparan bahkan apabila mereka tidak berselera pasti timbul kerisauan dalam hati seorang ibu. Lebih-lebih lagi kanak-kanak tersebut sudah tidak menyusu. Sakit kepala fikir nak buat macam mana supaya anak-anak berselera.

Setiap hari sentiasa fikirkan menu yang enak dan membantu menaikan selera anak-anak. Namun perasan tak, ada segelintir kanak-kanak zaman sekarang lebih gemar makan nasi tiada lauk. Misalnya nasi bersama kuah, bersama kicap dan bersama sup kosong sahaja. Tiada lauk-lauk lain.
Dijerit seseorang gara-gara bagi anak makan nasi dengan telur dan sup kosong

Hal itu juga berlaku kepada anak wanita yang dikenali dengana nama Ekaa Kecik ini. Bila mana anaknya hanya makan nasi bersama telur dan sup kosong sahaja. Tak pernah terfikir gara-gara itu ada individu yang tidak bertanggungjawab menjerit dan berkata mak ayah makan sedap-sedap namun anaknya hanya makan nasi dengan telur dan sup kosong.



Menurut perkongsian Ekaa menerusi aplikasi TikTok itu, dia malu dengan jeritan individu terbabit. Satu kedai boleh dengar. Padahal bukan niatnya untuk memberi anaknya makan dengan lauk sedemikian rupa. Namun anaknya memang macam tu. Ayam semua tak nak. Nak telur dan sup kosong sahaja. Ekaa turut menyatakan dia berasa malu dan sedih apabila jeritan individu terbabit didengari satu kedai.
@akakklinik97 Entah lah nak 🤦‍♀️ #fypシ #masukfyp #fypage #foryou ♬ Cinta Sampai Mati - Raffa Affar

Kadang-kadang anak ada seleranya tersendiri..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen dan reaksi dari warganet. Ada yang menyatakan tetap bersyukur kalau anka makan nasi dengan kicap daripada tak makan langsung. Malah ada juga yang menulis, ok la tu makan telur. Anaknya hanya makan nasi sahaja.



Dalam masa yang sama ramai juga yang meninggalkan komen menyatakan kebanyakan anak-anak mereka lebih gemar makan ikut seleranya. Tidak kurang juga ada yang meminta wanita ini abaikan sahaja individu berkenaan.


Buat wanita berkenaan, banyakkan bersabar ye. Biasalah orang tak faham situasi kita dan tak tahu menahu pun. Buat korang semua di luar sana, tolonglah jangan jerit sehingga satu kedai dengar. Jagalah privasi orang juga. Kalau nak tegur, tegur elok-elok. Kesian dekat orang tau.

Kredit: TikTok Ekaa Kecik

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama