Dalam menjalani bahtera rumah tangga pasti berhadapan dengan perkara yang tidak diduga.

Ada pasangan yang ingin bercerai, ada pula menyimpan ‘kekasih’ secara senyap-senyap.




Inilah terjadi kepada seorang wanita yang sanggup menyorok dalam almari di rumah sewa kekasihnya di taman Selasih, Kulim.

Ini kerana tidak mahu kantoi dengan perbuatan terkutvknya itu.

Memetik laporan sinar, wanita yang berusia 41 tahun itu difahamkan berstatus isteri orang yang berasal dari pendang dan mempunyai tiga orang anak

Laporan daripada orang awam diterima dan serbuan dibuat Penguat Kuasa Pejabat Agama
Daerah Kulim, Anwar Shariffudin pada petang semalam. 



Namun, apa yang mengejutkan lelaki bujang yang berusia 26 tahun berasal dari Kelantan itu sering memuat naik di media sosial mengenai hubungan intim bersama beberapa isteri orang yang lain.

“Memandangkan kedua-dua mereka tidak mempunyai hubungan mahram jadi mereka ditahan mengikut Sksyen 25(a)(b) Enakmen Kanun Jnayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana berkhaIwat,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Roshila Murni Rosli)

Via gstv

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama