Lecturer pun rilek je, siap tunjuk lagi mana seat customer tu.


Sekarang ni kalau kat rumah tak ada makanan pun tak ada hal sebab boleh pesan je melalui app dan rider akan hantar ke rumah. Kalau sibuk belajar sampai tak sempat nak pergi beli pun tekan tekan je terus kenyang.

Macam yang berlaku di Singapura ini apabila abang delivery hantar minuman sampai dalam dewan kuliah!



Dalam sebuah video TikTok baru-baru ini yang viral setelah dimuat naik oleh akaun DJ radio Singapura iaitu Jerald Justin Ko, boleh dilihat bahawa sesi pembelajaran terhenti seketika sebab ada abang rider yang tiba-tiba berada di pintu dewan kuliah.

Pensyarah pun sangat cool dan tak marah sebab dia siap tunjuk lagi tempat duduk si penerima pesanan itu. Pelajar perempuan tersebut nampak agak malu sebab perhatian semua terarah kearahnya.

Video:
@power98jk

top service 5 star rating 😂

♬ Monkeys Spinning Monkeys - Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Pesanan yang disampaikan tu pula nampak macam minuman bubble tea.

Ada yang berpendapat abang penghantar makanan Foodpanda itu patut dapat lima bintang atas khidmat yang diberikannya. Ye lah hantar sampai ke tempat duduk kot tu.

Namun, menurut Mashable Sea, mungkin bukan pelajar itu sendiri yang order sebab dia memang nampak terkejut dengan penghantaran pesanan terbabit.

Komen Netizen:






Lagipun, video tersebut dirakam ketika Hari Valentine lepas, jadi mungkin juga kawan atau teman lelaki pelajar tu yang tolong buat pesanan sebagai kejutan kan.

Salute la kat abang rider!

Sumber: Mashable Sea, TikTok @power98jk

Sumber : Lobak Merah

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama