Lagu dan muzik video Gatal nyanyian asal Janna Nick ini baru sahaja diterbitkan dan dimuat naik di Youtube. Dua minggu tempoh yang tidaklah begitu lama, namun muzik video Gatal telah meraih lebih 1.5 juta tontonan.

Runut bunyi ini berjaya menarik perhatian warganet dengan melodi dan liriknya yang catchy. Malah di TikTok ada satu cabaran yang dipanggil lagu Gatal Challenge yang menjadi ikutan ramai.



Apa yang lebih membanggakan apabila lagu Gatal Challenge ini bukan sahaja disertai oleh pengguna TikTok tempatan, malah di luar negara juga. Terbaharu satu video di sebalik tabir pembikinan cabaran dari lagu tersebut oleh pengguna Thailand telah mencuri perhatian warganet.

Gaya dua lelaki ini yang sangat khusyuk merakamkan cabaran tersebut telah membuatkan ramai terhibur. Berikut adalah perkongsian rakaman gelagat dua pemuda ini yang telah dimuat naik menerusi akaun TikTok dengan nama akaun dreambarcodeza:
@dreambarcodeza

เวียนหัวจะอ้วก 555555555

♬ Gatal - Janna Nick
Perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 24 juta tontonan. Berikut adalah hasil video cabaran dari pemuda ini:
@dreambarcodeza

เวียนหัวไป1

♬ Gatal - Janna Nick
Bolehlahkan. Tapi di sebalik tabir pembikinannya memang nampaklah agak gigih. Apa-apa pun ramai yang memuji lagu Gatal ini apabila mendapat perhatian pengguna media sosial di luar negara. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Viral seluruh dunia”



“Ingat Malay tengok caption lahh viral dah lagu ni..”



“Dah sampai Thailand!”



“Dasyat lagu Janna Nick sampai seantero dunia”

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama