Dr Erin akhirnya tampil beritahu kenapa dia dah malas nak bertudung

Sejak berkongsi foto tanpa mengenakan hijab secara terbuka, bekas isteri Da’i Farhan iaitu Dr Erin kembali menjadi perbualan warganet di media sosial.

Terbaru, Dr Erin atau mana sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi sekali lagi mengundang perhatian ramai.

Ini apabila tampil dengan imej sebegitu menerusi swafoto dimuat naik di laman Instagram.



Menerusi kapsyen, wanita berusia 42 tahun itu menulis seolah-olah mampu berdepan kepayahan.

Dan tetap sedaya upaya berusaha meskipun sukar untuk dihadapinya.

Bagaimanapun, kebanyakkan netizen ada yang memilih untuk memberikan kata-kata positif.







Ni bukan jadi diri sendiri, tapi syetan berjaya hasut?





Terpaksa ‘unfollow’



Dasyat aura dia!



Mereka juga menitipkan doa agar wanita itu dapat kembali kepada fitrah sebagai seorang muslimah.

Posting itu menerima lebih 1,000 tanda suka dan 300 komen pengikutnya.

Dimana rata-rata mereka menegur penampilan Dr Erin yang dikatakan kurang sesuai apatah lagi pernah bertudung labuh sebelum ini.



Selain itu, terdapat juga segelintir individu meninggalkan komen sindiran termasuk mengenai ‘aura ke-19’ yang dikatakan sudah ‘hilang’ selepas popular suatu ketika dahulu.

Sekitar November 2019, Da’i Farhan mencetuskan kontroversi apabila didakwa berkahwin dengan Dr Erin secara rahsia di Tanah Suci Makkah tanpa pengetahuan isteri pertamanya dikenali sebagai Fatin.



Tidak lama selepas itu, Da’i Farhan menceraikan Fatin yang ketika itu sedang hamil anak kedua mereka dengan talak satu pada Disember tahun sama.

Jodoh antara Da’i Farhan dengan Dr Erin bagaimanapun tidak berpanjangan apabila masing-masing berpisah pada April 2020 selepas lima bulan berkahwin.



Da’i Farhan atau nama penuh Nik Farhan Nik Mohamad kemudiannya bernikah semula dengan Fatin pada Mei tahun lalu.

Sumber: Instagram @drholisw

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama