Allahuakhbar sdihnya sebak sgt baca luahan ayahtrgisnya pmergianmu syg, smoga ibu ayhmu sntiasa kuat dan tabah. bersmadilah dgn tenang di alam sana syurga tmpat mreka, sama2 kita sedekahkan Alfatihah buat mereka



LAWAS: Jenazah tiga beradik yang rentung dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Seberang Kedai di sini lewat malam tadi, selamat disemadikan di dalam satu liang lahad, hari ini.

Kanak-kanak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Salam, di sini, selepas prosedur bedah siasat selesai dijalankan di Klinik Kesihatan Trusan.



Terdahulu jenazah Mohd Hesdi Huzaidi Azrie, 4, dan dua abangnya, Mohd Hezmi, 7, dan Mohd Hezry Huzaimi, 8, disolatkan di Masjid Besar Darul Ma’amur pada jam 2.15 petang.







“Namun kita terpaksa berpusing menggunakan laluan darat iaitu sejauh 17 kilometer dan ini memakan masa,” tambahnya lagi.

Begitupun, katanya tindakan pantas pihaknya berjaya menyelamatkan rumah-rumah yang berhampiran daripada turut musnah.



‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un.

“Dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali”

Semboyan Malaysia berduka dengan pemergian 3 beradik; Mohd Hesdi Huzaidi Azrie, 4 tahun; Mohd Hezmi Huzaili, 6; dan Mohd Hezry Huzaimi, 8 yang ditemukan rentung dalam kebakaran di Kampung Seberang Kedai Lawas, Limbang, malam tadi.

Al-Fatihah…

‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
‎مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ

———
Sebagai tanda prihatin, marilah sama-sama kita bantu dalam menyumbang sedikit rezeki anda.. Inisiatif ini bagi membantu meringankan beban ditanggung keluarga saudara Bob yang kehilangan 3 anak buahnya dan tempat tinggal akibat musnah dijilat api dalam kejadian tersebut.

Ayuh salurkan sumbangan anda ke Tabung:

NO AKAUN: 161042105752
BANK: MAYBANK
NAMA AKAUN: JIMLI MOHAMAD

Jazakumullah atas sumbangan yang diberikan, Insya Allah.

Sumber Astro Awani, Yusuf Azmi

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama