Setelah hampir sebulan tidak memunculkan diri di platform TikTok, pendakwah selebriti Da’i Syed akhirnya memuat naik sebuah video dirinya sedang menari bersama seorang lelaki dengan menggunakan lagu viral di platform terbabit.

Bagaimanapun, kemunculan beliau secara tiba-tiba dengan memuat naik video menari itu tidak diterima mesra oleh netizen.

Menurut para netizen di ruangan komen, jejaka tersebut tidak melambangkan sebagai seorang pendakwah ataupun da’i apabila berpelakuan seperti itu.
@daisyed_

Habis tisu mak aku 🗿

♬ Love nwantiti x Habibi DJ Gimi O Albanian remix - Sxsryion21 ❧

Sesetengah netizen berasa keliru dengan maksud Da’i yang digunakan oleh pendakwah itu dan tidak kurang juga ada yang mengatakan sudah block akaun TikTok Da’i Syed itu sebelum ini, tapi masih muncul di halamannya.


Dalam pada masa yang sama, ada juga yang meninggalkan komen positif di ruangan komen video terbabit dengan mengatakan kelakuan Da’i Syed menari sedemikian sungguh comel dan kelakar.


SUMBER : TikTok

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama