Baru-baru ini hangat diperkatakan video memaparkan usahawan sensasi, Liana Rosli atau Kak KM memuat naik video menyusukan anaknya di sebuah restoran.









“Bukan kita tak tegur, dah banyak kali buat teguran tapi dia suka dengan gaya hidup macam itu.

Maka biarlah, tanggungjawab kita dah selesai dan kita dah sampaikan,” ujarnya.

Dalam satu temu bual bersama Gempak, Kak KM berkata perkara itu tidak sepatutnya menjadi perdebatan kerana ianya situasi biasa bagi ibu yang ingin menyusukan anaknya.

“Bagi saya nak beri anak susu benda itu memang sangat normal, mungkin sebab Kak KM yang menyusukan sebab itulah jadi viral.

“Masa nak buat video itu memang Kak KM ambil tempat di sudut dan bahagian depan memang tak ada orang.

Benda itu memang tak ada isulah, takkan kita nak masuk bilik air pulak.

Sebenarnya kita pakai je nursing cover, selepas itu bila kita nak buat video kita cabut,” katanya.

Dalam pada itu, Kak KM turut berpesan kepada netizen supaya tidak perlu menjaga tepi kain orang lain dan apa yang berlaku itu antara dirinya dengan Tuhan.

“Bagi saya suka hati akulah, kau adik beradik aku ke nak sound-sound aku? Kau tengok buat apa. Itu jawapannya.

“Itu antara saya dengan Tuhan lah, yang korang tu jaga bahagian korang. Jangan ambil kerja Tuhan nak jatuhkan bala dekat orang. Takut kau yang dapat bala,” katanya.

Menjawab tentang video menari di hadapan sekumpulan lelaki dipercayai kawan-kawan suaminya pula, Kak KM berkata kesemua lelaki itu adalah dalam kalangan ahli keluarga.

“Mereka semua itu adalah adik-beradik saya dan juga suami. Kami memang sporting kalau mahu buat video cabaran seperti yang popular di media sosial.

Kami memang terbuka dan tidak fikir perkara yang tidak senonoh,” katanya.

Dalam pada itu, Kak KM berkata dia tidak kisah rorang mengata dirinya namun meminta supaya netizen tidak bercakap buruk tentang ibu dan ahli keluarganya.

“Kalay saya baca setiap komen di media sosial, rasanya dah masuk ICU sebab sakit hati dengan semua kecaman.

Sebagai seorang usahawan, ini adalah cara saya menggunakan platform media sosial sebagai medium pemasaran.

“Biarlah apa orang nak kata tentang diri saya, tetapi jangan sentuh ibu dan adik beradik saya. Itu memang boleh buat saya marah,” katanya.

2 Ulasan

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

  1. Wynn Resorts Ltd. Launches "The Perfect Day" Brunch at Wynn
    Wynn Resorts Ltd. 제주도 출장마사지 will launch its dinner & brunch 광주 출장샵 menu at the Wynn Las Vegas this 거제 출장마사지 Sunday, June 15, 2020 in partnership with 충청북도 출장샵 Wynn Las Vegas. 동두천 출장안마

    BalasPadam
  2. How To Make Money On Sports Betting
    Online sports betting febcasino is 바카라 사이트 available for a whole host of หาเงินออนไลน์ US and European sports gri-go.com betting markets. Some US states, like Louisiana and casinosites.one New Jersey, allow

    BalasPadam

Catat Ulasan

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama