Bagi meraikan hari bahagia, pasangan pengantin perlu melemparkan senyuman gembira sepanjang majlis. Namun kadang-kala, terdapat faktor tertentu membuatkan ‘mood’ mereka sedikit terganggu sehingga mengundang perhatian orang ramai.

Baru-baru ini, seorang pengguna aplikasi TikTok @kyrah_87 berkongsi sebuah video memaparkan sepasang mempelai yang mengenakan persalinan songket berwarna merah jambu hadir ke majlis resepsi.




Bagaimanapun, reaksi wajah mereka terutama pengantin perempuan pula mencvri tumpuan warganet apabila dikatakan agak ‘mony0k’ ketika berjalan beriringan menuju ke meja makan beradab.

Mana tidaknya, pengapit yang sepatutnya memayungi pengantin di bawah terik matahari juga tidak kelihatan. Mungkin memang niat mereka untuk mengadakan majlis secara sederhana?

Meninjau ke ruangan k0men, rakaman pendek berdurasi lapan itu dipenuhi dengan teg0ran warganet mengenai wajah ‘muram’ wanita itu yang disifatkan momen bersanding tersebut hanya berlaku sekali dalam hidup.




Namun, rata-rata mengakui cuaca panas membuatkan pengantin perempuan itu memberikan reaksi sedemikian sehingga ditud0h seolah-olah ‘kahwin p4ksa’.

Tak ‘relax’ pengantin pun.


Kena senyum, bersanding tu sekali je.


Panas terik pun senyum je.


Tengah panas patut la, dengan songket lagi.


Kesian raja sehari.


Entah2 sebab ‘nerv0us’?


Sementara itu, @kyrah_87 turut memuat naik dua lagi video memaparkan sisi berbeza pengantin berkenaan yang dilihat tersenyum manis selepas diteg0r warganet kononnya tidak ceria.

Sumber: TikTok @kyrah_87

Via omm

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama