PETALING JAYA – Bak kata pepatah tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Begitu juga nasib seorang pemancing yang telah memenangi sebuah kereta idaman jejaka Malaya iaitu sebuah Ford Mustang pada sesi cabutan bertuah.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Kedah Kini, pemenang kereta tersebut berasal dari, Muar Johor dan baru berusia 24 tahun.

Dia telah memenangi hadiah cabutan bertuah terbabit ketika menyertai pertandingan memancing yang bertempat Tasik Darul Aman, Jitra, Kedah hari ini.

“Tahniah adik yang baru berumur 24 tahun, orang Johor, dapat cabutan bertuah kereta Ford Mustang di pertandingan memancing yang bertempat Tasik Darul Aman, Jitra, Kedah,” tulis Kedah Kini.

Difahamkan harga kereta tersebut sekitar RM450,000 sehingga RM570,000 bergantung kepada varian dan kuasa kudanya.



Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pemuda terbabit dan menganggap hadiah tersebut adalah rezeki pembuka tahun baharu.

“Ini betul-betul rezeki tahun baharu, tahniah bro, jaga elok-elok kereta itu. Kalau ex (bekas kekasih) tengok ni mesti menyesal habis,” tulis Kaki Pancing Sabah.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Rashid Mawi.
Peringatan kepada para Isteri

“Para isteri jangan dilarang jika suami keluar memancing, kadang-kadang rezeki bukan sahaja setakat ikan malah boleh bawa balik kereta,”tulisnya pada ruangan komen.-

Sumber : K! ONLINE






Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama