Pencetus Ummah Syed (PU Syed) meneg0r segelintir pengantin baharu yang mengikut tr3nd meIakukan video ‘unb0xing by husband’ atau ‘unb0xing pengantin’ di TikTok.

Kata PU Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 39, kandungan video seperti itu dianggap sesuatu yang mengarut selain boleh mendatangkan fitn4h dalam kalangan masyar4kat yang menontonnya.

“Isteri itu hak kita… jangan kita kongsikan pada orang lain kecantikan dia, kemanisan dia… semuanya untuk kita sebagai seorang suami..


“Kita ada sifat muda, sifat nak cuba belaka… tapi kena patuh juga dengan perintah Allah dan jangan sesekali buat begitu.

“Jangan buat perkara mengarut kerana ia tidak mendatangkan faedah kecuali fitn4h semata-mata,” katanya.

Menerusi video tuIar yang dimuat naik memaparkan pengantin lelaki akan membantu membukakan tudung perempuan terlebih dahulu.


Video yang dirakam memaparkan kedua pasangan pengantin masih memakai busana pengantin dan unb0xing tersebut dirakam oleh pengantin perempuan melalui cermin.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mempersoalkan tiada rasa maIu pengantin yang melakukan trend berkenaan.

Malah, ramai mengatakan pengantin zaman sekarang terlalu terikut perkara yang kurang baik yang bukan sahaja memalukan diri tetapi keluarga turut terpalit sama.




Sumber : mStar Online.

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama

Translate