HAIWAN pe1iharaan yang sering menjadi pi1ihan sela1unya yang comel dan manja sepert1 kucing dan anjing.

Namvn ada juga yang membe1a ha1wan eksotik sepert1 cicak tokek, u1ar dan iguana. Akan tetap1, jarang kita mendengar keluang dijadikan haiwan peliharaan.

Baru-baru ini v1deo yang memaparkan seorang wanita membawa seekor kelawar besar atau dikenali sebagai keluang.

Video dik0ngsikan pengguna TikTok Siva-Lon itu menerima lebih 34 juta tontonan dalam tempoh 24 jam!


Awalnya ramai yang menyangka dia membawa beg tangan semasa berjalan di atas sebatang jalan.

Namun tidak lama kemudian haiwan tersebut dilemparkan ke udara dan terbang dan video dipaparkan secara slow motion.

Ia menyebabkan warga maya menonton beberapa kali kerana menyangka ia hasil suntingan.

- “Ingatkan bawa beg tangan. Tiba-tiba terbang.”

- “Kelawar faham the assignment.”

- “Hebat kak, kalau saya nak pegang pun takut.”
@care1233 #disponsori Balas @asc205 #voiceeffects #disponsori #🦇 ♬ suara asli - Siva-LON🥚


Menurut pemiliknya, keluang tersebut dinamakan Moy. Malah turut dipaparkan video haiwan itu memakan gula-gula lolipop.
@care1233 #disponsori Balas @asc205 #voiceeffects #disponsori #🦇 ♬ suara asli - Siva-LON🥚


Keluang atau dikenali sebagai Giant Bats merupakan sejenis binatang mamalia yang hanya keluar pada malam hari dari kumpulan haiwan yang dinamakan Chiroptera.

Ia juga merujuk kepada haiwan mamalia dalam keluarga haiwan kelawar dipanggil Pteropodidae.
IKLAN

Di Malaysia, keluang lazimnya digunakan bagi merujuk kepada spesies khusus Pteropus vampyrus.

Ia haiwan berdarah panas, dalam kumpulan kelas mamalia. Sebagaimana haiwan mamalia lain, keluang membiak cara beranak.

Ukurannya berkali ganda lebih besar berbanding kelawar biasa. Malah panjang antara hujung sayap dengan hujung sayap boleh mencecah kira-kira 0.5 meter hingga 1.0 meter.


Ramai menganggap kelawar dan keluang mempunyai sifat sama.Hakikatnya dua haiwan ini amat berbeza.

Tabiat keluang berbeza dengan kelawar. Jika kelawar keluar pada waktu malam, keluang pula keluar pada waktu pagi.

Sifat keluang mencari makan sama dengan burung yang mana keluar waktu pagi dan pulang ke sarang pada waktu petang.

Makanan utama keluang ialah buah-buahan. Sedangkan kelawar pula memakan serangga.

Pada tahun 2018, sekeping gambar memaparkan seekor keluang kononnya bersaiz manusia tidur menjadi tular. Sayapnya dikatakan berukuran lebih satu meter! Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Filipina.

Sumber: TikTok Siva-Lon, NDTV

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama