Sedar tak sedar, selebriti terkenal, Neelofa, 32 dikhabarkan bakal melahirkan anak sulungnya tidak lama lagi. Walaupun tidak ada sebarang pengumuman berkenaan kehamilannya, namun beliau sendiri mengakui tidak boleh merahsiakan sebarang khabar baik ini kerana lambat laun akan diketahui umum juga.

Neelofa dan suaminya, Haris Ismail, 26 sememangnya tidak pernah menyembunyikan apa-apa dan kerap sahaja membuat live di Instagram bagi berkongsi ilmu dan mempromosikan produk perniagaan mereka.

B4by menend4ng time dengar zikir.

Dalam salah satu live IG live yang dilakukan mereka ketika Haris sedang membaca zikir-zikir, tiba-tiba wajah Neelofa berubah dan beliau segera mengusap-usap lembut perutnya.

Hal ini dikongsikan semula peminat pasangan tersebut di akaun TikTok dikenali sebagai ainunumairah__ dan mendapat tontonan lebih dari setengah juta walaupun tidak sampai sehari ia dimuat naik.




Semoga semua urusan dipermudahkan

Momen Neelofa terkejut kerana bayi dalam kandungan sedikit aktif itu telah mendapat perhatian ramai kerana secara kebetulan suaminya sedang mengalunkan zikir .

Susulan daripada itu, ramai yang meninggalkan komen dengan tumpang bahagia melihat selebriti kesayangan mereka bakal menimang cahaya mata. Tak hanya itu, mereka turut mendoakan agar Neelofa dan Haris dipermudahkan segala urusan sehingga bayi sulung mereka selamat dilahirkan.


Alhamdulillah, baby menendang time dengar zikir ayah.


Tak sabar nak tengok baby diorang.


Masya Allah, mesti baby happy dengar doa ni.


Sumber: TikTok @ainunumairah___

Via omm

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama