Pasti ramai yang kenal dengan pendakwah bebas, Abu Syafilq Al-Asy’ary yang lantang bersuara mengenai banyak isu. Akibat dari itu, ramai pihak sebelum ini cuba memfitnah dirinya.

Pada bulan Jun 2021, Abu Syafiq telah mendapat maklumat tentang dua akaun palsu di Facebook yag digunakan untuk membuat kenyataan berbaur fitnah dan memberi gambaran kepada orang awam bahawa semua kenyataan itu dikeluarkan oleh beliau.

Disebabkan itu, Abu Syafiq telah memfailkan saman fitnah dan hasil siasatan mendapati kenyataan yang dkeluarkan benar fitnah. Mahkamah Sesyen Kuantan kemudian mengarahkan seorang eksekutif kaunselor, Hamidah Rapaee membayar pampasan RM100,000 dan ganti rugi teladan RM20,000 kepada Abu Syafiq.

Hamidah turut dilarang mengulangai perkataan fitnah dalam mana-mana penerbitan atau penyiaran. Saah seorang peguam Abu Syafiq iaitu Nurul Hafidzah Hassan memaklumkan defendan turut diarahkan untuk menulis dan menyiarkan permohonan maaf kepada Abu Syafiq di Facebook dan YouTube bagi membersihkan nama orang difitnah.

Saman sivil tersebut terpaksa diambil oleh Abu Syafiq bagi membersihkan namanya setelah percubaanya untuk menyelesaikan krisis tersebut secara baik, tanpa melibatkan proses mahkamah gagal apabila defendan enggan memadam fitnah yang teah dimuatnaik di akaun media sosial beliau dan enggan meminta maaf.

Keputusan kes saman sivil tersebut merupakan bukti kukus yang mahkamah bersetuju dengan hujahan-hujahan peguam Abu Syafiq yang laman Facebook beliau telah digodam dan beliau tidak pernah mengkafirkan seorang pendakwah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew.

Semoga keputusan ini dapat membuka mata ramai pihak untuk berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan mahupun berkongsi maklumat yang tidak pasti kesahihannya.

Kredit: Sinar Harian

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama

Translate