Pelakon meningkat naik, Scha Elinnea mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam disebabkan peny4kit skiz0frenia dan ins0mnia yang dihadapinya selama ini.

Menurut lap0ran mStar Online, Scha atau nama sebenarnya Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen mengakui situasi seperti itu membuatkan dia berasa tak0t sekali gus memerlukan teman.

 


“Saya memang tak boleh duduk seorang, sampaikan nak tidur pun tak boleh, timbul perasaan tak0t dan rasa tak selesa… pernah kejadian saya seorang diri, dalam jam 8 pagi barulah saya dapat tidur.

“Bukan sebab tak0t hantu tapi memang tak boleh nak tidur kalau seorang diri. Jadi saya bawa kawan baik atau pembantu peribadi untuk temankan saya tidur dan menemani saya ke mana sahaja,” katanya.

 


Pelakon berusia 21 tahun itu berkata, mungkin ada segelintir individu memberi cadangan supaya dia berkahwin namun memilih untuk memberi fokus terhadap kerjaya terlebih dahulu.

“Kalau ramai orang sangat pun saya jadi nerv0us! Mungkin ada yang bagi idea untuk saya cari teman hidup dengan berkahwin, tapi rasanya buat masa ini saya nak bina nama dalam industri, mahu balas jasa keluarga dulu baru kahwin,” ujarnya.

 


Sebelum ini, pelakon drama Tak Sempurna Mencintaimu itu mendedahkan dirinya menghid4p peny4kit berkenaan yang berpvnca daripada masalah kebimbangan mel4mpau (anxiety) dan kemur0ngan.

Tambah Scha, dia mengalami masalah itu sejak di bangku sekolah dan menjadi semakin ter0k ketika pelaksaaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

 


“Sejak itu saya mula sedar kesihatan mental juga perlu diberi perhatian dan sebab itulah saya terbuka bercerita supaya mereka yang mend3rita berpeluang untuk berkongsi tentang peny4kit ini,” tambahnya.

Sumber: mStar Online (Qarami Hisham) , Instagram Scha Elinnea

Via omm

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama