Kantoi Pecah Tabung Masjid, Jemaah Mandikan Pencuri Seperti Jenazah?

Gara-gara mencuri tabung di sebuah masjid, seorang remaja lelaki dipercayai terpaksa dimandikan seperti jenazah oleh jemaah masjid.

Remaja dimandikan seperti ‘jenazah’

Menerusi video berdurasi 1:25 saat yang viral di media sosial memaparkan remaja berkenaan sedang terbaring sambil dimandikan oleh seorang individu yang dipercayai merupakan imam masjid. Situasi itu turut disaksikan oleh beberapa jemaah masjid yang lain. Tidak terhenti di situ, mereka seterusnya melumurkan kapur barus sambil muka remaja itu ditutup dengan sehelai kain.




Imam masjid kemudian mencurahkan air ke atasnya seperti memandikan jenazah meskipun pada ketika itu remaja berkenaan masih lengkap berpakaian. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan di mana kejadian tersebut berlaku dan bilakah tarikh klip video itu dirakam.

Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada di antara mereka menyokong tindakan jemaah masjid berkenaan. Mereka berpendapat tindakan sedemikian boleh dijadikan pengajaran buat remaja terbabit.

Tidak kurang juga ada netizen yang mengecam tindakan tersebut dengan mendakwa jemaah masjid bertindak melulu dan mengambil tindakan sendiri tanpa mempedulikan undang-undang.

Video : 




Sumber: Facebook

Sumber : realmerah.com

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama

Translate