Tanda rezeki diberkati Allah SWT
Sentiasa bersyukur rezeki yang ada
Tuntutan untuk kita sentiasa rasa cukup dengan apa yang kita miliki dan bersyukur dengan apa yang kita ada, adakala rezeki yang kita perolehi itu rasa lebih dari cukup diatas pemberiannya. Apakah tanda punca kepada orang yang dapat rezeki tanpa keberkatan akan merasakan berada dalam serba kekurangan tidak puas dengan apa yang ada.
Contohnya bila korang dapat gaji, bila korang ada duit ditangan korang akan rasa sendiri duit yang korang belanjakan atau digunakan tu rasa sekejap mudah habis. Korang perlu tahu duit yang membawa kepada keberkatan, walaupun dalam jumlah yang kecil sedikit tapi boleh cukup untuk belanja sebulan dan cukup boleh buat sebagai duit simpanan.
Rezeki keluarga bahagia
Kehidupan dalam keluarga yang harmoni dan keadaan dalam keluarga dilihat suasana ceria, nyaman tenteram, aman dan bahagia, itulah boleh dikatakan memperolehi rezeki yang diberkati.
Apakah punca berlakunya permasalahan serta krisis di dalam keluarga korang cuba selidik kembali apa salah dan silapnya dari segi dasar bermula hidupnya dari akarnya sendiri kekuarga itu.
Cuba lihat dari segi aspek pemberian nafkah serta punca nafkah itu sendiri bagi keluarga korang, adakah nafkah itu dari punca yang bercampur dengan harta hasil dari halal dengan yang haram seperti rasuah, riba dan menyalahkan gunakan duit dari amanah orang lain maka harta seperti wang tersebut sentiasa korang akan merasa tidak cukup.
Rezeki dari Allah
Apabila kita terasa mudah untuk menjaga solat dan juga melakukan amal ibadah yang lain, maka boleh lah dikata kan yang rezeki yang kita peroleh itu diberkati. Rezeki yang di perolehi boleh melakukan ibadah umrah atau haji. Boleh jadi kenapa sebahagian daripada kita susah sangat nak solat sebab rezeki kita tak diberkati.
Memberi manfaat
Adakah korang tahu kesan positif bila korang mendapat rezeki yang diberkati seperti apabila melihat orang sekeliling kita seakan suka dengan kita dan mendekatkan diri dengan kita ataupun mereka seakan merasakan senang dengan kehadiran korang dimana sahaja korang pergi korang boleh lihat sesndiri seperti rakan, sahabat, saudara dan sebagainya.
sebagaimana kehadiran kita mereka akan merasakan banyak memberi manfaat kepada mereka sendiri atau juga memberi juga manfaat pada orang lain dalam masa yang sama kehadiran korang juga amat disenangi dan tidak menyusahkan mereka.
Sudah baca? Amalan rezeki melimpah ruah
Rezeki anak cemerlang
Bagi mereka yang telah berkeluarga dan mempunyai anak, kesannya anak akan mendapat kejayaan seperti cemerlang dalam menuntut ilmu dalam pembelajaran.
Dari itu sangat diseru bagi kita sebagai seorang islam tuntutan pentingnya mencari rezeki yang halal yang diberkati duit yang kita gunakan dan dibelanjakan untuk membeli segala keperluan untuk keluarga isteri dan juga anak-anak memberi makan dan minum dimana ianya memberi kesannya.
Rezeki diberkati
Pernah ke korang perasan rumah kita sering dikunjungi kawan-kawan, saudara serta jiran terdekat sering bertandang dan rajin datang ke rumah untuk menziarah,
Itah tandanya atau maknanya rezeki kita ada keberkatan. Kedatangan tetamu sebenar nya membawa rezeki kepada kita dan memberi keberkatan di dalam rumah tangga korang.
Doa yang dimakbulkan
Terakhir sekali bila doa kita senang termakbul. Sebab Baginda Rasulullah SAW telah bersabda doa yang tak dimakbulkan antara sebabnya adalah kerana makan dari rezeki hasil haram.
Rasulullah SAW telah meninggalkan satu doa yang bermaksud :
“Ya Allah, berikanlah dan limpahkanlah kecukupan kepada kami dengan rezekiMu yang halal daripada memakan harta yang telah Engkau haramkan dan cukupkanlah kami dengan kemurahanMu daripada mengharapkan huluran tangan selain dariMu.”
Mencari nafkah untuk keluarga merupakan satu tuntutan dan perbuatan yang sangat baik. Ini kerana mencari nafkah dari hasil yang halal buat keluarga akan diredai Allah.
Dalam Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Mukminun ayat 51 :
"Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh". Wallahu A'lam.
InsyaAllah. Marilah kita bersama-sama bermuhasabah. Aminn
Sudah baca? Dosa riba perlu tahu sebagai panduan
Kredit/sumber : telegram
@quotephotovideo
Ingatan untuk saya untuk semak rezeki yang dapat.
BalasPadamCatat Ulasan
Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM