Sedekah al fatihah untuk orang meninggal


Kita sering mendengar khabar berita kematian orang atau lebih mudah dan sinonim dipanggil orang meninggal pemergian seseorang adalah buat selama-lamanya kita sendiri tidak menduga kematian orang mungkin dari kawan-kawan, saudara, sepupu atau juga kematian dalam kalangan ahli anggota keluarga kita, bila kita mendengar kematiannya dengan ucapan yang biasa akan kita ucapkan adalah :

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

"Innalillahiwainnalillahirajiun". 

Yang membawa maksud : 

“Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali“.


Dalam amalan yang kita sering lakukan juga seperti biasa dalam mesyarakat kita terutamanya membacakan bacaan al-fatihah sebagai satu sedekah bagi si mati,


Apa yang kita perlu ketahui dengan membacakan al-fatihah kepada orang yang telah meniggal dunia adalah tujuan utama untuk memberikan sedekah pahala dengan bacaan al- fatihah tersebut ini kerana dengan membaca al-quran ianya telah dijanjikan balasannya adalah pahala.


Panduan Hukum Sedekah Al Fatihah Kepada Si Mati


Berkata Abdullah bin Mas'ud bawah Rasullah SAW bersabda : 
"Barangsiapa membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-quran), maka baginya satu hasanah (kebaikan), dan setiap satu hasanah baginya 10 pahala. Aku tidak katakan alif, lam, mim itu satu huruf, bahkan alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf."
 (Riwayat at-Tirmizi)


Bacaan al-fatihah

الْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِينَ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ مٰلِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ اهْدِنَا الصِّرٰطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرٰطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِالْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّآلِّينَ


Bacaan al-fatihah dalam rumi :

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahi rabbil alamin,
Arrahmaanirrahiim, Maaliki yaumiddiin, Iyyaka na'budu waiyyaaka nastaiin, Ihdinashirratal mustaqim, Shiratalladzina an’amta alaihim ghairil maghduubi alaihim waladhaalin.

Maksud bacaan al-fatihah :

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan. Engkaulah sahaja Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. 
Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula orang-orang yang sesat"

Sedekah al fatihah

Nabi SAW tidak pernah menganjurkan kepada para sahabat yang hidup memberikan sedekah al-fatihah kepada sahabat yang meninggal dunia. Rasulullah apa yang sebenarnya dianjurkan olehNya ialah hanya dengan sedekahkan doa kepada si mati itu.

Sudah baca? Pembahagian faraid mewarisi harta pusaka

Telah dibuktikan dengan dalil berikut : 
Daripada Ummu Salamah telah berkata, dari sabda Rasulullah SAW : 
"Apabila kamu menziarahi mayat (si mati) maka berikanlah dan katakanlah perkara yang baik-baik. Dan sesungguhnya kepada para Malaikat percaya (akan mencatat) apa yang kamu katakan tersebut". 
Maka ketika mana Abu Salamah telah meninggal dunia, aku (Ummu Salamah) bertanya wahai Rasullullah apa yang patut aku lakukan dan katakan kepada si mati ini? Rasullulah telah menjawab (baginda) Katakan : 
Ya Allah kau ampunilah dia (si mati), dan berikan kau berikan kami sesuatu yang baik sebagai pengantinya. Dia berkata : Oleh yang demikian itu, Allah telah memberi saya Muhammad SAW sebagai gantinya. 
(Riwayat Abi Daud)


Dapat pahala sedekah al fatihah

Dengan berdasarkan dari dua hadis berkaitan, ada juga yang berpandangan dengan memberi sedekah dari bacaan al-fatihah kepada orang yang telah meninggal dunia iaitu bagi si mati itu satu perbuatan yang akan menghasilkan pahala kepada kita bukannya perbuatan yang sia-sia.


Bagi pandangan daripada imam al-qurtubi hasil dalam penulisan kitab al-tazkirah yang memberi sepakatan yang lebih kukuh bersama dengan beberapa para ulama lain, telah menyatakan bahawa dengan membaca al-quran seperti berdoa, beristigfar dan juga perbuatan bersedekah kerana niat untuk si mati telah menyatakan akan sampai pahala itu kepadanya.


Sabda Nabi SAW : 
"Apabila mati seorang manusia, maka dengan itu terputuslah daripadanya amalan kecuali dengan tiga perkara iaitu : Sedekah jariahnya, ilmu yang dimanfaatkan dan doa bagi anak soleh"
.

Sudah baca? Mayat bangun dari kubur


Bacaan al quran sampai kepada si mati

Ada juga Imam Nawawi telah menyatakan dalam penulisannya di kitab al azkar yang memberi pandangan dengan umum, yang telah menyatakan sampainya bacaan tersebut kepada orang yang telah meninggal dunia iaitu kepada si mati berkaitan dengan bacaan al-Quran, mungkin terdapatnya sedikit percangahan dan sedikit perbezaan pendapat. 


Tapi secara lebih umumnya apa yang menjadi satu ikutan dan menjadi masyhurnya pandangan itu adalah daripada mazhab Syafii yang menyatakan pahala bacaan al quran tersebut adalah tidak sampai kepada si mati. 


Maka bagi pandangan oleh sekumpulan ashab Imam Al-Syafi'i agak berlainan yang berpendirian dengan sependapat bersama dengan Imam, Ahmad dan juga sekumpulan ulama-ulama lain yang menyatakan bacaan yang disedekahkan adalah sangat bermanfaat serta juga akan sampai pahala pada orang yang telah mati.


Dan ada juga sebaiknya kepada seseorang yang telah membaca al-Quran dan selepas selesai dari membacanya hendaklah berdoa : 

"Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada sekian-sekian.."

Dan dibolehkan juga  disunatkan dengan menyebut serta memuji kebaikannya.

Rujukan:

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Pahang

Sudah baca? Rahsia penduduk mekah umur yang panjang

2 Ulasan

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

  1. setiap berita kematian yg kita terima akan mengingatkan kita yg satu hari nanti kita jua akan ke sana..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama