Doa sujud terakhir

Dalam solat kita akan melakukan 5 kali solat, tapi korang ketahui dalam masa 1 hari kita telah melakukan 17 rakaat dan 34 kali SUJUD. Mungkin ramai diantara kita tidak tahu rahsia disebalik beberapa perbuatan serta pergerakan dalam beribadah terdapatnya hikmah yang terkandung didalam ibadah kita dalam seharian.


Hikmah sujud

Dalam kita melakukan Sujud ianya akan melibatkan 5 anggota badan kita yang akan terrtumpu pada bumi, diantaranya dahi, hidung, kedua tapak tangan, lutut, dan juga kedua hujung kaki. 


Ketahuilah perbuatan seperti Sujud adalah perbuatan yang dapat merendahkan diri kita untuk memuji dan mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan tempat untuk kita meminta segala macam keampunannya kepada Allah SWT dalam masa yang sama dalam sujud jugak dapat mengikis sifat seseorang dari sombong, riak, takabur, megah diri dan lain-lain untuk mendapatkan keredhaannya.

Sudah baca? Bacaan solat dalam rumi


Baca Doa Ini Dalam Sujud Terakhir

Baca doa dalam sujud terakhir

Rahsia sujud

Berbalik kepada Sujud terakhir dalam solat kita, seringkali kita melihat terdapatnya individu atau para jemaah bila berada di sujud yang terakhir mengambil masa atau tempoh yang agak lama tidak seperti sujud yang lain-lain dari yang awalnya.


Ada diantara kita menjadi tertanya-tanya apabila sering kali melihatnya mengapa dan kenapa dan secara lebih umumnya jika sujud yang terakhir agak berlama-lama adanya bacaan serta atau doa bagi seseorang itu pada paling akhir sujudnya.


Doa sujud terakhir

Ketahui 3 doa ini disetiap korang jangan lupa untuk membacanya disaat korang melakukan sujud yang terakhir dalam solat


Dalam mengerjakan Solat, ibadah ini jugalah tempat yang paling mustajab untuk kita berdoa, terutamanya dalam sujud dan sebelum memberi salam mohon dan mintalah kepada Allah SWT apa segala kebaikannya, kita tidak menyedari Allah akan memberi keajaiban serta manfaatnya yang sangat luar biasa tanpa kita menduganya.

Sudah baca? 3 golongan doa paling mustajab


Berkaitan dengan bacaan 3 doa ketika melakukan sujud yang terakhir dalam solat. Ianya adalah berkaitan bacaan yang patut kita baca sebelum bangun untuk tahiyyat akhir. Bacalah ketika sedang sujud terakhir kerana terdapatnya manfaat yang sangat luar biasa. 3 doa dalam sujud terakhir seperti berikut :

Doa sujud dalam rumi

Berikut 3 doa dalam sujud terakhir.

1. Doa sujud yang pertama

 اللهم إني أسألك حسن الخاتمة

"Allahumma inni as'aluka husnal khotimah"

Maksud serta terjemahan :

"Ya Allah aku meminta kepada-Mu husnol khotimah"


2. Doa sujud yang kedua

 اللهم ارزقني توبتا نصوحا قبل الموت

"Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblat maut"

Maksud serta terjemahan :

"Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha [ atau sebenar-benarnya taubat ] sebelum wafat"


3. Doa sujud yang ketiga

اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك

"Allahumma yaa muqollibal quluub tsabiit qolbi ala diinika"

Maksud dan terjemahan :

"Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkan lah hatiku pada agama-Mu"


Salah satu doa yang dikabulkan adalah saat sujud. Untuk itu, di sinilah saat terbaik untuk meminta dengan tulus kepada Allah SWT. Dari Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz, ada tiga doa yang sebaiknya tak dilewatkan dalam sujud :


  • Agar diwafatkan dalam keadaan husnul khotimah
  • Agar diberikan kesempatan taubat sebelum wafat
  • Agar hati kita ditetapkan diatas agamaNya

Sudah baca? Bacaan doa harian dalam rumi


Tambahan bacaan selepas bacaan 3 doa diatas

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ عُمْرِي آخِرَهُ، وَخَيْرَ عَمَلِي خَوَاتِيمَهُ، وَخَيْرَ أَيَّامِي يَوْمَ أَلْقَاكَ فِيهِ


"Allahummaj'al khoiro 'umrii aakhirohu, wa khoiro 'amalii khowaatimahu, wa khoiro ayyaamii yauma alqoo ka fiih"

Maksudnya :

"Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku adalah umur yang terakhirnya, sebaik-baik amalku adalah amal-amal penutupannya dan sebaik-baik hariku adalah hari saat aku menghadap-Mu".

Kemudian saya sampaikan, jika kau sebarkan perkataan ini dan kau berniat baik dengannya.


Dengan segala urusan kita seharian di dunia ini semoga Allah akan sentiasa memberkati kita dunia dan akhirat. Dan ingatlah sampaikanlah kepada saudara-saudara kita walau hanya dengan sepotong ayat sahaja dan mudah-mudahan kita semua akan mendapat rahmat dan keberkatan yang kita sendiri tidak menduganya dan menyedarinya, ketahuilah segala amalan kebaikan yang akan dapat membantu kita untuk ke Syurga Allah.


Wallahu a’lam.

Semoga dengan perkongsian ini dapat sedikit ilmu yang benar-benar memberi manfaat. Jangan lupa like dan share.tq


Sekian terima kasih.


Sudah baca? Penghalang terkabulnya doa kerana hasil harta haram

Sumber : telegram/@kitabdoa

2 Ulasan

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

  1. Terima kasih..
    selama ni dok baca Allahumma inni as'aluka Jannah je..

    BalasPadam
  2. Ye sama2 ammi..semoga bermanfaat sekiranya ade kesalahan berilah teguran dan tunjuk ajar..tq

    BalasPadam

Catat Ulasan

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama