Sikap malas pelajar

Tips Belajar Untuk Pelajar Yang Malas


Tips belajar ni sebenarnya bagi korang kalau nak belajar tu, tak perlu nak berpandukan sangat pada masa yang telah korang setkan ambil masa nombor genap. Belajar ikut masa korang sendiri jika ada masa lapang, cuba belajar ikut teknik korang sendiri kalau rasa korang kreatif.


Mungkin ada diantara korang tidak boleh mengikut teknik pembelajaran yang sedia ada tidak boleh fokus secara konsisten itu tiada masalah korang pergi je belajar. Korang rasa malas sangat tak payah tunggu pukul berapa atau terikat dengan masa


Cuba korang pratikkan teknik pembelajaran seperti yang disenaraikan dibawah ini mungkin agak berlainan dengan teknik asas belajar di sekolah, mungkin ianya sangat berkesan bagi korang malah teknik ini sangat-sangat mujarab dari proses pembelajaran yang sedia ada disekolah.


Punca pelajar malas belajar

Mesti korang pernah tak rasa bila duduk di meja belajar korang akan rasa macam kosong? Korang rasa macam nak pergi semula ke katil untul baring. Inilah yang dikatakan malas, bagaimana cara korang nak mencegahnya dan solusinya, korang kena lakukan ini ambil buku dan korang pergi study di tempat lain. 


Korang digalakkan untuk ambil inisiatif lain dengan belajar di luar rumah atau di library dan juga di bilik kakak

Sudah baca? Tips belajar 1 bab sehari


Tidak semestinya belajar perlunya ada meja untuk belajar dan tidak diwajibkan sampai untuk korang pergi duduk di meja belajar dan buka buku. Korang cuba bertindak lebih kreatif dalam proses pembelajaran apa kata lorang sambil baring main phone, cuba lakukan benda ini :


Teknik malas belajar

1) Pembelajaran dengan video seperti youtube korang gunakan earphone dan carilah topik serta tajuk pelajaran yang  korang rasa kurang menguasainya

2) Dapatkan quiz di telegram join mana-mana group/channel yang sedia ada jawab soalan yang diberi dengan spontan.

3) Dapatkan nota-nota secara random, korang baca dengan sepintas lalu

4) cuba jawab soalan atau quiz yang ada di Google form


Tips belajar berkesan

Penerangan untuk korang, korang masuk ke semua group-group yang berkaitan dengan study . 

Contoh beberapa soalan seperti ini :

Jika ada pelajar yang send soalan dalam group bagi subjek addmath, korang tengok dahulu soalan dia dan fahamkan. Selepas itu fikirkan jalan kerja serta pengiraan yang dibagi untuk mendapat jawapan. Tak faham, korang boleh tanya rakan yang ada dalam group. Study macam ni korang boleh baring sambil tengok TV, atau mendengar muzik kegemaran korang tau.


Dalam proses pembelajaran di group, sekiranya ada orang lain bertanyakan beberapa soalan, korang boleh lah ikut join untuk sekali untuk cuba jawab untuk mendapatkan jawapannya rasa macam seronok siapa yang lebih cepat pantas dapatkan soalan tu dari rakan-rakan yang lain betul tak. 


Dengan teknik ini sambil-sambil korang boleh tolong diorang jawab soalan-soalan seperti subjek sejarah contohnya. Kalau nak diikutkan banyak soalan dengan beraneka tajuk serta subjek, kalau korang tolong jawabkan soalan diorang sama je macam korang buat latihan. Mana lah tahu korang lebih pandai dari orang yang ada dalam group tu dalam masa yang sama korang boleh tunjuk ajar diorang pula nanti. Dah macam ganti tempat cikgu pulak kan.


Belajar di tiktok

Bagaimana pula dengan TikTok, cuba cari atau scroll ke account yang banyak video tentang pelajaran macam video kimia, bio, addmath, math. Kebanyakkan video yang disajikan dan dikongsikan semuanya berdurasi yang agak pendek dalam 6 minit, 6 minit video korang boleh tengok. So dalam sekelip mata 6 ilmu baru korang dapat. 12 minit stau 26 minit.


Sudah baca? Tips belajar menghafal pukul 4 pagi


Belajar nota pdf

Baca nota dalam bentuk pdf. Pdf ni kita boleh highlight teks serta point yang diarasakan penting. Korang bukaklah nota yang boleh didapati secara online, korang baca isi nota faham & hafalkan.  Dengan cara ini sebenarnya kalau korang hanya sekadar  membaca segala maklumat yang korang dapat akan dapat juga diigat di kepala.


Handphone juga punca malas belajar

Kebanyakan tips yang dikongsikan diatas ianya berkait dengan pembelajaran mengunakan smartphone, oleh Sebab kerana phone juga antara satu sebab faktor punca korang jadi malas untuk study.


Tapi syarat buat korang semua pastikan kena konsisten dalam study tu. Dari itu selesailah tips belajar untuk pelajar yang malas ni hanya suka main phone (game) sahajakan.


Walaubagaimanapun Alhamdulillah. Terima kasih buat korang semua kerana mengambil masa untuk membaca artikel ini yang sangat berguna, so korang jangan lupa kongsi dengan kawan korang ok. Semoga dengan perkongsian ini dapatlah kita bersama dapat menuntut ilmu ini dan menjadi pahala yang berpanjangan buat saya dan buat korang semua. 

Sudah baca? Tips menghilangkan rasa mengantok badan kekal cergas dan sihat


Terima kasih pada rakan saya yang bersama2 kongsikan ilmu ini di :

Sumber : telegram @studytips_spm

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama

Translate