Resepi buah sawit
Siapa yang tidak tahu buah kelapa sawit, kebiasaannya korang tahu buah kelapa sawit akan diproses terlebih dahulu dan digunakan sebagai bahan makanan, ternakan dan juga bahan untuk bukan makanan .
Kegunaan buah kelapa sawit
Bahan makanan seperti marjerin, lemak, krim, minyak masak, ais krim dan lemak masakan. manakala bahan bukan makanan boleh dihasilkan seperti bahan pencuci sabun, lauryl dan asid lemak, minyak gris, minyak pelincir, lilin, krim pencuci, bahan solekan ubat-ubatan dan lain-lain lagi hasil dari minyak sawit.
![]() |
Buah kelapa sawit yang telah disiap masak |
Selain dari menghasilkan pelbagai kegunaan untuk dijadikan bahan utama dari minyak mentah sawit, ada dikalangan kita masih tidak tahu buah kelapa sawit boleh dimakan setelah buahnya direbus terlebih dahulu.
Korang tahu bagaimana nak makan buah kelapa sawit dan macam mana nak masak buah sawit itu, resepi buah kelapa sawit yang akan direbus empuk bersama dengan campuran lain menambahkan lagi aroma bau yang sedap dan berlemak jika dimakan sungguh menyelerakan.
Sudah baca? Resepi ais krim choki chocolate paste
![]() |
Pokok kelapa sawit |
Ada beberapa bahan yang perlu korang tambahkan dan sediakan untuk penyediaan proses memasak buah kelapa sawit ni, tanpa buang masa lagi saya kongsikan bahan yang perlu ada.
Bahan resepi buah sawit
1. Bahan masak kelapa sawit
2. 1 kg buah kelapa sawit mentah
3. 2 helai daun pandan
4. Garam (secukup rasa)
5. 2-3 sudu makan gula merah
6. 3-4 sudu makan gula putih (ikut selera manis)
Cara masak buah kelapa sawit
1. Buah sawit yang dipetik biji dari tandan kelapa sawit, rebus terlebih dahulu buah sawit sehingga empuk..
2. Kemudian bilas buah sawit dengan air dan masukkan semula kedalam periuk letakkan sedikit air yang baru, dengan mengunakan api yang sederhana kecil.
3. Seterusnya letak daun pandan yang diikat simpul, letak sedikit garam, gula merah/melaka dan gula putih ikut citara selera manis yang korang nak..
4. Kacau perlahan kesemua campuran tersebut dan masak sehingga gula menjadi pekat.
Sudah baca? Cara buat kuey teow kungfu resepi sedap
![]() |
Biji sawit yang dipetik dari tandan |
Saya sendiri telah cuba buatnya sendiri di rumah resepi kelapa sawit biji kelapa sawit korang takperlu potong atau dibelah hanya cuci dan terus di rebus.
Jika korang rasa teringin nak cuba korang boleh buat di rumah memang rasa dia sedap rasa berlemak dari sawit itu sendiri kunyahan seperti makan tebu ada ampas korang akan bertambah-tambah makan nanti dengan ada rasa masin garam dan sedikit rasa manis gula merah dengan di tambah lagi aroma pandan
Sudah baca? Resepi ais krim roti malaysia
Catat Ulasan
Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM