Tips badan kekal cergas bagaimana caranya

Tips ini sangat berguna bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup yang aktif, terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah, institusi-institusi pengajian tinggi dan juga di sektor alam perkerjaan.


Tips kekal cergas sepanjang hari

Perkongsian ini sangat disyorkan untuk dijadikan sebagai amalan kehidupan seharian kita terutamanya di awal pagi, pentingnya sarapan pagi, tidur yang cukup, minum air putih yang disyorkan, mandi dan membersihkan diri juga kerap mengaktifkan diri dalam membuat banyak pergerakan seperti bersenam untuk tubuh badan korang kekal cergas dan sihat setiap masa


Berikut beberapa tips yang boleh korang ikuti :


Jangan tidur lewat

Memang dah lumrah kebiasaan kalau lewat tidur pada waktu malam pada sebelah pagi akan rasa susah untuk bangun tidur dan rasa malas disebabkan tidak mendapat waktu tidur yang secukupnya.


Perkara sebegini paling logik dan kita tahu adalah sesiapa yang tidur lambat, memang akan mengantuk badan kita tidak dapat rehat secara totalnya. So dari itu kita seharusnya membuat perubahan waktu tidur. Kita digalakkan untuk mengunci jam seeloknya pada pukul 10 malam,  supaya kita boleh remind mengingatkan kita telah sampai waktu untuk tidur.


Minum air putih

Tips Hilangkan Mengantok Badan Kekal Cergas Dan Sihat



Badan terasa lesu dan tidak bertenaga atau dinamakan sebagai gejala dehidrasi kekurangan air dalam badan.


Masalah ini dapat diatasi dengan pengambilan air mineral yang banyak sekurang-kurangnya 8 gelas pada setiap hari. Air adalah sesuatu ceecair elemen yang sangat penting bagi sistem tubuh badan kita pastikan badan senantiasa cukup air ini perlu membolehkan tubuh badan berfungsi dengan baik. 70% daripada berat badan terdiri daripada air. 


Cuba kita bayangkan apabila kita sudah tidur dalam tempoh 5 hingga ke 6 jam, dalam tempoh itu kita tidak mengambil air. Selepas bangun tidur korang akan terus terus join kelas seperti kelas online dan tidak ingatkan pada diri sendiri untuk meminum air walaupun dengan segelas air . Memang nampak simple dan basic tapi kalau kita nak tahu air ini lah peranannya sangat besar dan memberi kesan yang besar.


Mandi untuk segarkan badan

Saya tahu ramai students mandi lepas kelas online habis. Tapi lepas ni slow slow ajar diri mandi awal. Satu lagi mandi dengan air sejuk  mandi air sejuk boleh buatkan diri kita fresh and pagi² tak badmood.


Biasanya kita mengetahui mandi dapat membuatkan badan kita terasa segar dan hilang rasa mengantok, tetapi sebenarnya ada manfaat lain disebaliknya. Mandi juga memiliki peranan dalam meningkatkan sistem kekebalan, mencegah penyakit kulit, bahkan untuk menyembuhkan masalah kesihatan yang serius.

Beberapa kajian yang menunjukkan bahawa mandi itu berkhasiat disini kita ambil sedikit pengetahuan kebaikan mandi ini mandi juga dapat mengelakkan kita dari penyakit :

1. Diabetes Berendam dalam air dapat menurunkan aras gula dalam darah

2. Jantung berendam dalam air hangat dapat memelihara jantung dengan baik

3. Selsama dan sakit kepala merendam kaki ke dalam air suam

4. Isomnia Menderita masalah tidur rendam kaki ke dalam air sejuk

Manfaat mandi ini seeloknya mandi dengan air panas pada suhu 33-36 celcius ini kerana dapat membuka liang-liang dan mengeluarkan racun dalam badan. Itulah sedikit perkongsian mengenai khasiat mandi ini untuk korang.



Sarapan pagi

Pengambilan makanan disetiap pagi sangat penting untuk memberikan tenaga dan sebenarnya ia memberikan banyak manfaat kepada tubuh kita. Dengan sarapan pagi ia juga akan memulakan metabolisme kita yang akan membantu tubuh badan membakar lebih banyak kalori pada hari tersebut.


Apabila korang bersarapan, korang sebenarnya telah memberi tubuh badan korang bahawa terdapat kalori yang akan diambil lagi pada hari itu.


Bukan setakat nutrien harian daripada pengambilan sarapan tersebut malah Ia juga memberikan korang seperti folat, zat besi, vitamin B dan serat. Vitamin-vitamin penting, mineral dan nutrien-nutrien lain hanya boleh diperoleh daripada sumber pemakanan sahaja.


Kita ambil sarapan bukan untuk kenyang dan makan jangan terlalu kenyang, Kalau tak ambil sarapan memang mengantuk. Cuba makan pisang/sandwich/roti/goreng-goreng yang ringan jangan lupa tips diet sihat


Sudah baca? Tips belajar menghafal berkesan pukul 4 pagi


Badan sentiasa aktif

Bagi pelajar sekolah atau yang melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian dimana seringkali mengalami masalah-masalah seperti ini mengulangkaji pelajaran hingga larut malam sehinggakan menganggu waktu tidur.


Kesannya bangun pagi akan selalunya mengantuk, jika ini dijadikan amalan seharian ianya akan memberi risiko kepada fungsi badan, so sebelum kelas online tu biasakan diri ambik angin luar rumah dulu atau duduk kat dapur sediakan makanan. Kemas rumah atau kemas bilik. Jangan duduk kat bilik tu lama².


Makan chewing gum

Tips Hilangkan Mengantok Badan Kekal Cergas Dan Sihat



Kita ambil manisan seperti gula-gula atau memakan chewing gum kita sibukkan mulut kita dengan mengunyah gula getah biarkan mulut kita sentiasa aktif dan bergerak itu lah cara kalau korang susah sangat nak hilang rasa mengantuk sewaktu berada di dalam kelas atau sedang berkerja.


Lagi lama korang mengunyah lagi susah korang nak mengantok itu pun satu tips yang berkesan yang korang boleh amalkan


Jika amalan yang saya kongsikan mungkin langsung tidak memberi apa-apa kesan pada korang mungkin korang mengalami masalah kesihatan yang mungkin korang tidak menyedari kami syorkan korang untuk membuat pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik yang berdekatan.


Gaya hidup seseorang itu berbeza dan juga antara faktor mempengaruhi kesihatan. Disini saya ingatkan korang kenalah ubah jadual waktu tidur, jadikan waktu tidur itu satu tempoh yang benar-benar cukup, ubah diet dan amalkan pemakanan yang sihat dalam seharian kita paling penting, kita kena ada matlamat. Fokus dalam membuat sesuatu perkara itu.


Sudah baca?

Tips komunikasi yang paling berkesan

Anda stres panduan menangani masalah stres

Tips kawal nafsu makan setiap hari

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama

Translate