Siput sedut masak lemak

Siput sedut ni kalau dapat yang jenis kasar 3-5 cm ni lagi sedap buat masak lemak cili api pedas-pedas lagi besar saiz siput lagi berasa puas dengan isi yang rasa manis dan berlemak kalau dibandingkan dengan yang kecil, apa yang kita tahu tengok juga cara bagaimana siput sedut yang di masak  kalau kena pada cara serta resepi bahan yang cukup dan betul memang sedaplah.


Siput sedut terdapat di hutan paya bakau


Siput sedut atau juga dikenali siput chot, siput ni biasa kita boleh dapat dikawasan hutan bakau secara semulajadinya. Siput sedut ini juga bergantung kepada air pasang surut diantara air tawar dari daratan dan air masin dari laut yang bersih dan tidak tercemar.


Kalau kawasan rumah  korang tu berdekatan dengan laut mesti ade sungai-sungai yang dipenuhi hutan bakar biasanya tempat macam tu kita boleh temui siput jenis ni, boleh lah korang cuba untuk carinya sendiri. Nak mudah dapatkan siput sedut tu korang beli je di pasar-pasar basah yang menjual ikan mesti ada terutama pasar pagi tu, tengok pada tempat juga jika ade penjual yang menjual siput ni..ada beberapa agak payah nak dapat siput ni stock juga kadang terhad


Resepi siput sedut

Bila dengan masakan siput sedut ni memang tak dapat dipisahkan dengan masak lemak cili api resepi yang sangat favorite dan popular bagi pengemar siput sedut, cerita mengenai siput sedut ni saya sendiri tahu resepi cara bagaimana nak membuatnya saya sendiri ada belajar serba sedikit dari orang tua saya dahulu dan caranya agak mudah dan ringkas dari segi penyediaannya.


Jom saya kongsikan resepi siput sedut


Jom saya kongsikan cara membuat resepi siput sedut masak lemak cili api dengan 1 kg siput untuk 4 orang makan


Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api


Potong ekor siput sedut

Kebiasaannya siput dipotong bahagian ekor dia adalah untuk memudahkan sedut sewaktu dimakan tujuan siput dipotong sedikit untuk memberikan ruang udara mudah untuk isinya keluar dari cengkerang. Bagi menyediakan siput sedut ni mungkin agak cerewet sikit ambil masa untuk membersihkan terlebih dahulu.


Bagi siput sedut bekalan yang korang dapatkan tu dari pasar atau korang cari sebdiri..pastikan korang cuci bersih dahulu kemudian gaulkan siput dengan ampas kelapa untuk semalaman satu malam, tujuan untuk mengeluarkan lumpur serta pasir dan juga lendir dari siput itu sendiri dalam masa yang sama dapat mengurangkan bau lumpur laut.


Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api


Setelah semalam, cuci dari segala ampas kelapa dan lumpur tos kan air, sampai masa proses untuk korang potong disetiap bahagian cengkerang ekornya..untuk memudahkan memotong korang gunakan kacip sebab kulit siput ni agak keras potong bahagian ekor dengan anggaran jarak dalam satu cm jangan terlalu banyak buang bahagian ekor kerana isinya sudah cukup untuk memberikan lubang udara dibekornya.



Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Kemudian cuci siput dengan bersih dan bilas 2-3 kali sehingga bersih dan tos kan air hingga kering.


Langkah seterusnya sediakan bahan-bahan untuk membuat masak lemak cili api seperti berikut :


Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Bahan resepi siput sedut


1. Siput sedut (1 kg)

2. Daun kunyit (1 helai)

3. Serai 3 batang (jika saiz kecil boleh tambah)

4. Cili api 15 ke 20 batang ( boleh tambah jika gemarkan pedas) pilihan jenis cili terpulang pada korang

5. Kunyit hidup dalam (1 inci)

6. Asam keping (2 keping)

8. Sedikit minyak masak (untuk tumis)


Bahan kisar masak lemak 

Bahan yang perlu dikisar seperti cili api dan kunyit hidup jangan terlalu halus atau lumat yang sedang2 sahaja.


Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api


Sudah baca? Pasta perisa udang resepi masakan itali


Tuangkan bahan yang telah dikisar tadi seperti cili api dan kunyit hidup di periuk yang hendak digunakan untuk memasak tenggekkan periuk ke atas dapur dengan api yang sederhana kecil


Jangan lupa masukkan juga sedikit minyak sewaktu tumis setelah beberapa minit agak kering masukkan pula santan segelas kacau sehingga naik bau. 


Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api


Seterusnya masukkan siput sedut yang telah dicuci bersih dengan air dan masukkan juga asam keping, daun kunyit, daun kunyit dihiris kecil-kecil lagi sedap dengan aroma last sekali masukkan 3 batang serai ketuk serai terlebih dahulu seterusnya masukkan garam dan ajinomoto serta serbuk perasa.


Kacau dan balik-balikkan kesemua campuran sehingga mendidih panas dan ambil masa 20 minit untuk siput benar-benar masak dan bahan betul-betuk menyerap keseluruhan siput.


Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api


Jika dah benar-benar masak sedia untuk dihidangkan..lagi sedap makan panas-panas bersama nasi putih..jangan lupa kongsikan resepi siput sedut masak lemak cili api ni pada kenalan korang..selamat mencuba

Sudah baca?



Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama