Aiskrim choki chocolate paste


Aiskrim malaysia kalau korang tahu kini dah bermacam-macam jenis, rasa serta ramuan pembuatannya, selaian aiskrim malaysia ada juga aiskrim lain yang berjenama yang kian menjadi pesaing bagi aiskrim tempatan antaranya Wall'sCornettoMagnumMagnolia dan Nestle dan lain-lain lagi.


Anak suka makan choki

Anak-anak sering gemar memakan choki-choki ni begitu sahaja, boleh di katakan choki ni agak manis budak memang sukakan manisan, kalau nak dibanding aiskrim yang ada jual di luar rasa manis itu mungkin keterlaluan dan tanpa kawalan tidak baik untuk gigi anak2 kita, apa kata kita buat lebih kreatif sikit jadikan choki sebagai aiskrim khas buat anak kita rasa manis pun kita boleh kurangkan tapi rasa choki pasti kekal asa sedap, jom seterusnya bagaimana nak buat aiskrim choki ni.?


Resepi Aiskrim Choki Chocolate Paste

Cuba rasa aiskrim choki choki

Kali ni saya nak kongsikan resepi aiskrim malaysia rupa tetap juga sama hanya rasa yang berbeza dimana resepi ini baru sahaja dikongsikan oleh rakan saya sendiri iaitu aiskrim choki-choki jom saya kongsikan pada korang semua, Apa kata kita cuba buatnya sendiri di rumah secara homemade dan rasakan sendiri nikmat serta lazatnya aiskrim bersama dengan choki-choki ini.


Sudah baca? Resepi aiskrim roti malaysia

Bahan yang perlu disediakan untuk membuat aiskrim choki cukup mudah boleh di dapati di kedai-kedai yang berhampiran korang tak perlu pun mengunakan bahan yang agak cerewet dan bahan yang susah dicari.


Bahan buat aiskrim choki


1. 2 tin susu cair (F&N, Carnation, Gold Coin, Marigold)

2. 2 tin susu manis (Saji, F&N, Gold Coin)

3. 8 tin air (gunakan sukatan tin susu)

4. 4 sudu (sudu makan)tepung jagung (Bancuh dengan sedikit air di dalam bekas lain supaya tepung tak berketul)

5. Secubit garam (secukup rasa)

6. 6 paket choki choki (kebiasaan 1 paket ade 5 pcs)

Sudah baca? Resepi yee mee sizzling sedap hot plate

Cara buat aiskrim choki


1. First sekali bancuhan susu korang campurkan 2 tin susu cair, 2 tin susu manis, dan letakkan sedikit garam dan 8 sukatan tin air ke dalam periuk.


2. Masak campuran tadi dengan api yang sederhana kecil dan kacaukan bahan campuran tersebut dengan perlahan sehingga campuran mendapat sedikit panas


3. Kemudian masukkan tepung jagung. Kacau lagi sehingga mendidih. Seterusnya setelah benar-benar mendidih tutup api dan biarkan susu tadi sejuk.


4. Kemudian masukkan separuh choki choki ke dalam plastik aiskrim nak mudah korang potong jadi 2 bahagian choki tu siap-siap dan picit kan choki choki ke dalam plastik aiskrim.


5. Gunakan pencanai (roll kayu) pelenyek doh roti untuk lenyek choki yang telah di masukkan ke dalam plastik aiskrim, choki di lenyek untuk memastikan choki pecah/kembang dan memenuhi ruang plastik untuk bercampur dengan susu nanti.


Resepi Aiskrim Choki Chocolate Paste
Sumber : keluarga.my

Sudah baca?  Resepi siput sedut masak lemak cili api

6. Seterusnya tuangkan susu separuh dahulu dan picit-picitkan choki yang telah dicampurkan susu dalam plastik tu kemudian tambahkan lagi susu hingga penuh jangan lupa bagi ruang pada plastik asikrim untuk diikat. 


Ulang dan buat proses aiskrim yang sama setiap satunya sehingga habis. Korang Dah boleh simpan terus ke dalam peti sejuk supaya aiskrim mengeras.


Dengan sukatan penyediaan bahan itu korang boleh dapat anggaran aiskim 50-55 batang aiskrim, so mudah sangatkan , ape lagi boleh lah cuba buat sekarang..pasti anak2 berulang ke peti ais hahaha..


Sudah baca?  Pasta perisa udang resepi masakan dari itali

Kredit Resepi

FB Resepi 

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama

Translate