Cara buat kuey teow kungfu di rumah, resepi yang dikongsikan agak mudah untuk korang ikuti ringkas dan senang, perkongsian membuat kuey teow kungfu ni rasanya memamg original resepi, korang boleh ketagih biasa korang akan beli di kedai-kedai yang pastinya akan viral betul tak.


Apakata kita belajar buat kuey teow kungfu ni sendiri di rumah ok tak, barang serta bahan tidaklah begitu cerewet korang perlu sedia, korang tengok senarai bahan-bahan yang telah saya listkan dibawah, korang take note ke mana-mana kertas takut terlupa beberapa barang penting dan mudah nanti untuk ke kedai atau pasar2 beli barang yang diperlukan.

Cara Buat Kuey teow Kungfu Rasa Sedap


Bahan untuk membuat kuey teow kungfu


1) 1 beg plastik kuey teow

2) 1 biji telur (ayam)

3) 3 ulas bawang putih (diketuk)

4) 100gm isi ayam

5) 2 ekor sotong (dipotong kecil dan hiris)

6) 5 - 6 ekor udang

7) 1/2 sudu teh serbuk lada sulah

8) Secubit serbuk lada hitam

9) Sedikit serbuk rempah sup

10) 1 gelas air putih

11) Sedikit hirisan sayur bunga kobis

12) Sedikit hirisan sayur lobak merah

13) Sedikit hirisan sayur kailan

14) 2 sudu putih telur (asingkan kuning)

15) 1 sudu tepung jagung (bancuh dan gaul dengan 5 sudu air)

16) Garam dan gula penambah rasa

Sudah baca? Pasta perisa udang resepi masakan itali

Cara Buat Kuey teow Kungfu Rasa Sedap

Cara membuat kuetiaw kungfu

Pertama sekali cuci dan bilas kuey teow dengan air panas. Gunakan tapis untuk toskan air dan kemudian masukkan ke dalam pinggan. Kemudian pecahkan 1 biji telur ke dalam bekas kecil dan letakkan secubit garam, lada sulah, kacau telur sehingga sebati.


Goreng kuey teow

Gunakan kuali panaskan minyak masak korang dikehendaki goreng kuey teow setelah garing korang boleh angkat. 


Kuah kuey teow kungfu

Bagi penyediaan untuk proses membuat kuah, korang tumis bawang putih gunakan lebihan minyak yang menggoreng kuey teow sebentar tadi, goreng sehingga bawang mengeluarkan wangi.


Setelah itu korang masukkan isi ayam goreng seketika kemudian boleh masukkan sotong, Tambahkan serbuk lada sulah dan juga serbuk lada hitam dan juga serbuk rempah sup dan dikacau sebati.


Masukkan air dan hirisan sayur bunga kobis. Masak hingg lembut. Boleh masukkan udang jika suka. Tuangkan air bancuhan tepung jagung dengan secukupnya. jangan lupa tambah sedikit garam dan gula bagi penambah rasa.


Bila rasa sudah cukup campur dan tuangkan putih telur dan dikacau dengan laju. Masukkan kailan dan lobak merah dan dibiarkan seketika.

Sudah baca? Laksa claypot rasa resepi laksa penang

Terakhir sekali padamkan api dan tuangkan kuah sup ke dalam pinggan berisi kuey teow yang telah siap digoreng pada diawal tadi.

Sedia untuk menjamu selera, jangan kongsikan resepi kuey teow kungfu ini pada sahabat dan rakan kita di rumah..selamat mencuba.


Cara Buat Kuey teow Kungfu Rasa Sedap


Kredit : Afy Al Habibi

Sudah baca? Resepi yee mee sizzling sedap

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama

Translate