Cara keluar dari jerat kemelut kewangan


Masalah kewangan korang semakin teruk? Korang dah pening dan semakin buntu tak tahu nak buat apa? Dan ditambah lagi dengan hutang dan tiadanya wang simpanan dan tabungan untuk dijadikan dana sebagai kecemasan sebagai jalan keluar terakhir.


Sebelum korang terjebak di dalam kancah kesempitan ini korang lupa, korang berbelanja sakan dengan lebih mudah lagi dapat akses hanya shopping online tidak perlu keluar rumah barang dihantar terus ke depan rumah..digoda pula Mana boleh tengok saja kan? Mesti nak beli.

Habis masalah kewangan korang tadi macam mana kalau asyik sering mengikut hawa nafsu berbelanja dan terus berbelanja selagi ada.


Sudah baca? Pembahagian faraid mewarisi harta pusaka


Bagaimana Keluar Dari Masalah Kewangan Duit



Cara keluar dari masalah kewangan


Hati sentiasa risau. Siang malam berdoa dengan harapan agar janganlah ada sebarang kecemasan. Jika berlaku sebarang kecemasan, alamatnya kena berhutang lagi. Tiba-tiba anda terbaca dalam sebuah akhbar tabloid, "Kami akan bimbing anda, 100%! Cipta pendapatan bulanan RM10,000-RM30,000 dalam masa sebulan. Hubungi kami segera! Ramai yang telah berjaya melalui Program Usahawan Terpimpin kami!" Anda merasakan bagai terlihat sinar dihujung jalan. Sekarang kita tukar pula senarionya.


Senario 2

Korang hidup dalam kesempitan wang. Tabungan langsung tidak ada. Hutang banyak. Malah mula memeningkan kepala. Baki gaji yang ada, sekadar cukup untuk mengelakkan kelaparan. Hati sentiasa risau. 


Siang malam berdoa dengan harapan janganlah ada sebarang kecemasan. Jika berlaku sebarang kecemasan, kenalah berhutang lagi. Tiba-tiba anda terbaca dalam sebuah majalah, "Antara fadilat dan kelebihan yang telah disebut oleh Rasulullah s.a.w. berkenaan surah al-Waqi'ah adalah sebagaimana yang telah dinukilkan oleh Imam al-Nawawi dalam kitab al-Azkar.

Bersumber daripada Ibn Mas'ud r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca surah al-Waqi'ah pada setiap malam ia tidak akan ditimpa kefakiran." Anda pun terus membelek muka surat lain majalah tersebut.


Yang mana satu?

Meletakkan diri kita dalam dua senario 3 di atas, yang mana satukah yang dapat membangkitkan kuasa harapan yang positif dalam diri kita? Senario yang manakah setelah membacanya sahaja pun, sudah menyebabkan hati kita berasa lapang dan bibir menguntumkan senyuman (walaupun masalah kegawatan ekonomi kita belum pun pulih)? 


Senario yang manakah menyebabkan semangat kita semakin pulih?Sebenarnya begitu banyak hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan berkenaan fadilat surah atau ayat tertentu dalam memudahkan urusan rezeki. Ada yang menyentuh bagi menghindari kefakiran, menyelesaikan masalah hutang dan menambahkan keberkatan rezeki. 


Pendekatan "menyelesaikan masalah rezeki melalui amalan soleh" adalah satu pendekatan tarbiah yang dilazimkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat. Manhaj ini ialah manhaj yang menuju terus kepada dasar masalah iaitu masalah iman. 


Sudah baca? Amalan rezeki melimpah ruah


Hati para sahabat sentiasa diisi dengan keyakinan bahawa Allah S.W.T. adalah satu-satunya Zat Yang Maha Memiliki kudrat dan iradat yang maha mutlak. Apa sahaja yang berlaku dalam alam ini sentiasa dalam perhatian Allah S.W.T. 


Keimanan oleh mereka telah dibulatkan dengan tekadnya hanya untuk bergantung kepada Allah al-Ahad lagi al-Samad. Al-Ahad kerana hanya Allah-lah satu-satunya Zat Yang Berkuasa, al-Samad kerana hanya kepada Zat Yang Maha Esa inilah bergantung segala sesuatu hajat. 


Betulkan amalan diri dahulu

Semua makhluk memerlukan bantuan dari Allah S.W.T. Daripada sebesar-besarnya makhluk seperti Arasy, mahupun sekecil-kecil makhluk seperti zarah sekalipun, semuanya hanya memerlukan dan bergantung hajat kepada Allah yang Maha Esa. 


Dan sudah menjadi sunnatullah buat kita semua, bahawasanya segala apa yang berlaku kepada kita dan alam ini hanya akan bergantung atau berkadar terus dengan apa yang dilakukan oleh amal-amal dari manusia. Dan disebabkan itulah, Rasulullah S.A.W. tidak pernah lupa untuk mengingatkan kepada para sahabat agar sentiasa membetulkan amalan mereka, atau memulakannya dengan amalan tertentu



Yakin dengan amal soleh

Cuba korang bayangkan, sekiranya ada dari seorang sahabat kita yang bersiap-siap untuk berniaga dan memaklumkannya terlebih dahulu kepada Rasulullah S.A.W., lalu Baginda menyuruhnya agar sahabat itu menunaikan solat dua rakaat terlebih dahulu. Sudah tentu Baginda tidak menafikan usaha sahabat tadi untuk berniaga, namun Baginda mahu agar sahabat tadi tidak lupa untuk memulakannya dengan solat. 


Masalah kewangan selesai

Begitulah kehidupan seharian dalam masalah rezeki, versi penuh hadis yang disebutkan pada awal penulisan ini, sebagaimana yang dicatatkan oleh Imam al-Baihaqi dalam kitab Shu'b al-Imannya:

Daripada Ibn Mas'ud r.a., Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang membawa maksud :

"Sesiapa yang membaca surah al-Waqi'ah pada setiap malam, kefakiran tidak akan menimpanya untuk selama-lamanya.

Dan dari Ibn Mas'ud ra. Sering kali tidak lupa untuk selalu menyuruh anak-anak perempuannya mengamalkan dan membaca surah ini pada setiap malam. 

(Riwayat al-Baihaqi, juga dinukilkan oleh Imam al-Nawawi dalam kitab al-Azkar) Siapakah yang bersedia mengamalkan surah ini dengan penuh iman kepada janji dan jaminan Allah dan Rasul-Nya seperti Ibn

Mas'ud ra, ini? 

Sudah baca? Dosa riba perlu tahu dalam kewangan

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama

Translate