Dalam hidangan makannan untuk majlis kenduri, keramaian dan perayaan mesti ada kerepek, kuih biskut tidak terlepas kek mesti wajib ade sebagai penambah seri hidangan, terdapat berbagai jenis kek dan rasa yang boleh korang dapati sedia dijual di kedai-kedai kek.


Salah satu kek yang akan saya fokuskan disini adalah resepi kek pisang coklat bersama chip, untuk kek jenis ini boleh dikatakan agak payah kita nak dapatkan di kedai yang siap dijual, apa kata saya kongsikan sedikit resepi untuk korang buat sendiri di rumah.


Homemade resepi kek pisang coklat chip

Perkongsian resepi kek yang saya tulis ini mungkin agak ringkas dan simple dan sekadar bersahaja jika ada kesalahan boleh lah perbetulkan dari segi bahan dan proses pembuatannya.


Resepi Kek Pisang Coklat Chip


Bahan kek pisang

Bahan (1)

1) 5 biji pisang (pisang berangan)

2) 5 biji telur jenis (gred A)

3) 1 1/2 cawan minyak masak

4) 3 sudu kecil esen vanila 

Korang blender kesemua keempat bahan diatas


Bahan (2)

1) 2 cawan tepung gandum

2) 1 cawan tepung perang

3) 1/2 cawan serbuk koko

4) 2 sudu kecil baking powder

5) 1/5 cawan coklat chip ( nak letak lebih lagi sedap)

6) 2 sudu teh kecil soda bikarbonat powder

7) 1/4 sudu kecil garam

8) 1 sudu kecil serbuk penaik


Sudah baca? Resepi yee mee sizzling sedap

Bahan dan cara membuat kek pisang 

Cara adun kek

1. Korang blender dahulu keempat bahan seperti, pisang, telur, minyak masak, esen vanila, Selepas selesai korang blender masukkan ke semua dalam bekas adunan.


2. Kemudian korang ayak bahan tepung gandum, soda bikarbonat, dan serbuk penaik bahan (2)..kemudian masukkan gula dulu korang ayak terus ke dalam mangkuk yang ade bahan (1) kacau dan korang adun sehingga sebati rata. 


3. Masukkan gula perang, minyak dan telur dalam mangkuk besar campurkan dan dipikul sehingga menjadi putih , pukul selama sekitar 4-6 minit


4. Selepas itu masukkan pisang berangan yang siap dipotong kecil bersama esen vanila korang boleh hiaskan pisang itu mengikut selera kreativiti korang sendiri, kemudian kacau rata mengunakan senduk dan diikuti bahan yang telah diayak tadi kacau lagi sehingga rata mengunakan senduk atau spatula.

Akhir sekali masukkan coklat chip..


Cara panaskan oven

5. Sebelum itu korang panaskanlah terlebih dahulu oven dalam masa 10 minit lebih awal dengan kepanasan 200c dengan mengunakan loyang sapukan mentega s


6. Masukkan adunan ke dalam loyang tempat membakar kek, dan bakar selama 40 minit mengunakan kepanasan api atas dan bawah sehingga kek benar-benar masak (bergantung pada suhu ketuhar pembakar kek masing-masing) 


7. Sebelum meletakkan ke dalam bekas pembakar loyang alaskan acuan loyang kek dengan baking paper ataupun aluminium foil


Cara nak tahu kek dah masak

8. Cara untuk mengetahui kek sudah masak dibahagian dalam/tengah cucuk lidi atau penyucuk satey jika lidi kering maknanya pada bahagian dalam dah masak.


Jika kek sudah masak tunggu sejuk dan boleh untuk sedia dihidangkan..


Sudah baca?

Resepi kek lembut dan sedap sponge milk

Resepi cookies paling sedap

Bahan buat batang buruk resepi wajib hari raya

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama