Resepi kek buah

Bagi pengemar Kek buah!! Inilah rupa kek buah yang sempurna kek buah ini juga diadun tanpa mengunakan sebarang bahan pengawet resepi ini di hasilkan dari butter 100% dan di kukus dengan sempurna selama 4-5 jam dengan kemanisan kek diukur ketahap sederhana dan rasa kek yang mengimbangi rasa lembut dan tekstur yang lembap bersama buah-buahan. 



Korang akan membayangkan apabila kek dipotong akan naik haruman semerbak vanilla dan pelbagai campuran buah-buahan yang enak, kemudian apabila dimasukkan kedalam mulut ianya seakan-akan cair mengenai setiap deria rasa didalam mulut korang. Banyak kedai-kedai diluar sana ade yang menjual kek buah tapi rasanya yang menghampakan ape yang kita nakkan mengikut selera yang benar-benar rasa yang sangat padu.



Apa kata kita homemade resepi kek buah sendiri di rumah, pada yang tidak pernah membuatnya tiada masalah, bahan membuatnya pun tidaklah cerewet pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas, jom saya kongsikan cara membuat resepi kek buah lembut dan lembab.


Resepi Kek Buah Lembut Lembap

Bahan kek

Sediakan bahan-bahan seperti di bawah 

1 1/2 cawan gula pasir

1 1/2 cawan air panas 

300 gram buttercup (buttercup luxury spread)

1 1/2 cawan mix fruit (redman Fruit Mixed Phoon Huat)

1 1/2 camca besar susu pekat (condensed milk F&N)

400 gram tepung gandum

1 1/2 sudu kecil krim of tatar (topping meringue banyak jenis Nona, bunga raya dll)

2 1/2 sudu kecil soda bikarbonat

4 biji tekur gred A

1 1/2 sudu kecil esen vanilla

1 1/2 camca besar jus oren sunquick


Cara membuat kek

First sekali masak gula pasir mengunakan kuali untuk membuat gula hangus pastikan masak dengan api yang perlahan sehingga gula berubah menjadi cair dan keperangan dan selepas itu masukkan air panas perlahan-lahan dan kacau sehingga sebati. 


seterusnya masukkan campuran buah/mix fruit dan masukkan juga butter masak sehingga panas mendidih dan dah boleh di tutup api biarkan terlebih dahulu sejuk dan agak dalam suam.


(Gunakan buah campuran/mix fruit dari Phoon Huat dan Bake with yen kerana buah-buah lebih lembap)

Resepi Kek Buah Lembut Lembap
Redman Dried Fruit Mixed Fruit 1kg By Phoon Huat

Bahan perlu diayak

450 gram tepung gandum

2 sudu soda bikarbonar

Setelah campuran gula hangus di cairkan, buah campur/mix fruit dan butter telahpun sejuk korang boleh lah campurkan tepung gandum, soda bikarbonat korang terus ayak ke dalam bekas yang yang dimasak telah sejuk tadi dan kemudian di kacau sehingga rata dan sebati dengan mengunakan senduk.

Sudah baca? Resepi cookies paling sedap


Seterusnya apa yang perlu korang buat dengan mengunakan bekas yang lain dengan mengunakan 3 biji telur gred A pecahkan dan korang pukul telur sehingga telur betul-betul tekstur berubah menjadi kembang nak mudah gunakan mixer kerja korang lebih cepat.


Resepi kek buah kukus lembab

Sedikit tips resepi kek buah, untuk mendapatkan kek buah yang lebih lembut dan lembap lebihkan sedikit sukatan mentega, gula dan telur yang digunakan sahaja sudah memadai


Setelah itu masukkan telur yang telah kembang tersebut untuk dicampurkan bersama ke dalam adunan masukkan pula esen vanilla dan kacau perlahan, pastikan kacau jangan sampai buah campuran itu mendap kebawah. Pastikan mix fruit itu sebtiasa berada di atas atas terutama di permukaannya untuk mendapat seri kek lebih cantik ketika siap di masak.


Resepi kek buah kukus

Cara membuat kek kukus sebagai pilihan untuk dimasak dengan mengunakan bekas memasak loyang bersaiz 10-12' masukkan adunan itu. Masa yang perlu korang ambil dalam proses kukusan kek 5-6 jam, korang kukus dengan api yang besar sederhana dengan 2 jam yang pertama setelah itu korang perlahan api kukusan tersebut dan kekal sehingga kek masak.


Sebelum meletakkan loyang kek korang panaskan periuk pengukus sehingga air benar-benar mendidih panas, diingatkan tutup adunan loyang dengan kain/tuala supaya air peluh serta wap panas tidak menitik diatas permukasn kek semasa proses memasak dijalankan. Jika air rebusan kukus semakin berkurang boleh ditambah pastikan tambah dengan air panas juga.


Tips resepi

Selain kain/tuala, aluminium foil pun boleh digunakan untuk menutup kek, Setelah masak pastikan kek sejuk terlebih dahulu baru lah dipotong.


Setelah kek dikukus, pastikan kek dibungkus dengan aluminium foil. Sebelum tu cucukkan beberapa lubang dengan lidi sate dan siramkan atau rejiskan satu sudu kecil oren sunquick ke lubang yang telah dicucuk untuk melembabkan kek. 


Korang boleh simpan dalam dalam bekas kedap udara dan bolehlah dipotong untuk dimakan seeloknya disimpan selepas satu seminggu. Kerana kek ini makin lama disimpan kek lebih sedap dan tekstur kek akan menjadi berkilat. Kalau korang nak tahu Ketahanan expired Kek boleh disimpan selama 7 bulan - 1 tahun.

Selamat mencuba


Sudah baca? 

Resepi kek pisang coklat chip

Resepi kek lembut dan sedap sponge milk

Cara buat pecal resepi masakan orang jawa

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama