Mengapa perut rasul berbunyi


Suatu ketika Rasulullah SAW menjadi imam dalam solat. Para sahabat yang menjadi makmum di belakangnya seakan mendengar bunyi gemersik menggerutup seolah seperti sendi-sendi pada tubuh Rasulullah bergeser antara satu sama lain.


Sayidina Umar bin Khotthab ra yang tidak tahan melihat keadaan Rasul itu lantas sayidina bertanya kepada Rasulullah setelah selesai sholat, 

”Ya Rasulullah.. kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, apakah Anda sakit?” 

Namun Rasulullah menjawab, ”Tidak.. Alhamdulillah, aku sehat dan segar.”


Perut rasul berbunyi

Mendengar jawaban ini Umar bin Khotthab melanjutkan lagi pertanyaannya, 

”Lalu mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi sedang bergesekan di tubuh tuan?.. Kami yakin engkau sedang sakit..”



Melihat keadaan yang mencurigakan di wajah-wajah para sahabatnya,. Rasulullah pun mengangkat jubahnya..


Rasulullah menahan lapar


Para sahabat amat terkejut.. 

Terlihatlah perut Manusia yang dimuliakan Allah ini.. 


Dan Ternyata perut Rasulullah yang kempis.. kelihatan dililiti oleh sehelai kain yang berisi batu kerikil untuk menahan rasa lapar.. 

Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali tubuh Rosulullah bergerak..


Rasul tahan lapar di perut

Umar memberanikan diri berkata, 

”Ya Rosulullah!.. Adakah bila engkau menyatakan lapar dan tidak punya makanan.. lalu kami hanya akan tinggal diam..?”


Rasulullah menjawab dengan lembut : 

”Tidak para sahabatku.. Aku tahu apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu ini.. 


Sudah baca? Makan kerana Allah atau makan kerana lapar


TETAPI APAKAH YANG AKAN AKU JAWAB DIHADAPAN ALLAH NANTI.. APABILA AKU SEBAGAI PEMIMPIN MENJADI BEBAN BAGI UMMATNYA..??”


Ketika Rasulullah Menahan Lapar Di Perut

Para sahabat yang mendengar hanya tertegun lantas menderaikan air mata..

Rasulullah melanjutkan.. 

”Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di Dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”



Betapa cintanya Rasulullah kepada umatnya..

Semoga kita semua dapat istiqomah dalam meneladani Beliau, serta mendapat syafaat Beliau, dan dikumpulkan dengan Beliau beserta para Sahabatnya.


اللهم اجعلنا من احباب المصطفى

يارب صل علي محمد وافتح من الخير كل مغلق

اللهم صل وسلم وبارك على الحبيب المصطفى وعلى آله وصحبه اجمعين


Sudah baca?

Kelebihan umat Muhammad yang tidak kita tahu

Pernah telanjang dalam selimut ketika Rasul tidur bersama

Ktedit : Telegram islam


Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama