TIPS BELAJAR PADA PUKUL EMPAT HINGGA ENAM PAGI WAKTU YANG SANGAT BAIK UNTUK DAPAT MENGHAFAL DENGAN CEPAT DAN BERKESAN


Waktu terbaik untuk belajar menghafal


Tips Belajar Menghafal Pukul 4 Pagi Berkesan


1. Ada perancangan awal

Sudah semestinya kita perlu ada niat pada waktu malam sebelum hari berikutnya, paling utama sekali pastikan korang set terlebih dahulu pukul berapa korang perlu tidur supaya kita tidak mudah merasa mengantuk dan korang mudah untuk bangun diawal pagi (4.00 pagi) dan juga dapat waktu tidur yang secukupnya, kebiasaanya paling lewat kita akan tidur jam 12.00 tengah malam.


2. Sediakan buku atas meja

Set kan subjek atau tajuk apa yang korang nak study belajar pagi esok atau sebagai bahan bacaan. Untuk bahagian ini adalah satu part yang sangat penting : 

korang letakkan semua buku yang berkaitan dengan subjek yang korang akan gunakan pada  hari esok diatas meja. Apabila korang bangun pagi, tidak perlu lagi korang fikir tentang subjek buku, kerana telah tersedia


3. Letak handphone atau jam jauh 

Selepas korang sudah kuncikan jam serta set ian alarm pada handphone/jam, korang letakkan phone/jam tu jauh daripada tempat tidur korang. Sebaik-baiknya letak pada meja belajar. Apakah fungsi dan tujuannya? Tujuan supaya bila alarm berbunyi, korang akan bangun dan akan terus berjalan ke meja belajar. So dari itu dapat mengelakkan korang akan tertidur semula! 


4. Air kosong dan makanan ringan

Tolong fokus pada part ini : setelah korang bangun pagi pastikan korang terus meminu air putih/air kosong. Seeloknya sediakan botol air dengan kuantiti satu liter yang diletakkan pada meja study korang. Korang boleh juga sediakan sekali biskut/kismis atau gula-gula peppermint yang digalakkan.


5. Letak air batu pada muka

Setelah korang bangun dari tidur basuh muka korang terlebih dahulu supaya rasa lebih segar dan fresh sikit.  Kemudian, korang cuba ambil beberapa biji ais kecil dan sapukan pada bahagian bawah mata sekejap. Teknik serta amalan ini benar-benar diakui sangat berkesan.


6. Utamakan subjek menghafal

Subjek untuk menghafal sangat dititik beratkan mengikut kajian yang telah dibuat, waktu belajar serta ulang kaji pelajaran pada waktu pagi korang dapat meningkatkan daya ingatan yang sangat jitu serta sangat berkesan berhasil. Dimana pada waktu tersebut otak kita juga dapat bekerja lebih keras pada waktu pagi.


Jika ingin belajar subjek lain dan bukan dari subjek menghafal seperti penulisan dan pengiraan juga tiada masalah . Tapi lebih baik utamakan subjek menghafal supaya lebih mudah untuk diingat


7. Mesti ada rehat

Dalam proses pembelajaran diwaktu pagi, pastikan juga jangan lupa Teknik Pomodoro bila belajar korang boleh ambil waktu untuk break berehat seketika, dengan mendengar muzik lagu-lagu kegemaran korang atau menonton TV/youtube ke, untuk menghilangkan bosan korang


Tips belajar sebagai muslim


1. Ambil wudhu

Kalau tak mampu nak buat ibadah sunat, ambik wudhu' lah sekurang²nya supaya proses pembelajaran tu dipermudahkan.


2. Membaca Al-Quran sebelum belajar


Seorang yang beragama islam dimana salah satu keberkatan dalam mencari ilmu ialah bukak Al-Quran dan membaca dahulu sebelum belajar. (dahului hal-hal akhirat dulu, sebelum hal-hal dunia) 

3. Buat ibadah sunat

Contohnya: 

Solat sunat tahajud 

Melakukan solat sunat tahajut setiap kali bangun pagi sebelum memulakan pembelajaran, jika tidak mampu melakukan setiap hari buatlah sekali atau dua kali dalam seminggu. Buatlah dalam keadaan tenang dan rileks. Pelan-pelan kayuh, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.


Mungkin ada diantara pembaca disini pernah terbaca atau menang telah lama mempratikkan teknik serta tips belajar menghafal pada waktu pagi, hanya kepada mereka yang pernah study waktu pagi akan dapat merasa dan faham betapa cepatnya masa berlalu dan ini lah salah satu teknik belajar menghafal terbaik


Waktu berjalan dgn sangat pantas pada waktu pagi berbanding waktu yang lain tetapi kesannya sangat baik bagi menghafal sesuatu pembelajaran.

#studytips #studysmart

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama