Tahukah Anda?

Barang yang terdapat di jual seperti di Lelong.my, Eco shop, Tesco, Mr Diy, Shopee, Lazada, Giant dan Mydin Kebanyakan produk yang terdapat dipasar-pasaraya dan jualan online di website, serta syarikat terkenal di malaysia adalah berasal dari negara China?


Ramai yang tidak tahu produk-produk tersebut telah dibawa masuk ke pasaran tempatan dan di 'jenama' kan semula dengan jenama oleh mereka untuk dijual semula kepada orang ramai


Bermula dengan 1 unit produk dengan pembelian dari pembekal-pembekal di China boleh dibuat dengan harga terjangkau lebih murah dari harga pasaran tempatan.


Beli borong china


Korang masih tertanya-tanya macam mana beli barang dari china yang harga dia lagi murah, berbeza barang yang kita beli dari shopee atau lazada? So bagaimana korang nak bermula untuk barang dari china dengan harga sangat murah dan kos pos pun murah hanya dari china.


Dengan hanya beberape step yang ringkas korang dah boleh jadi seorang pembeli produk yang diimport sendiri dari negara china, korang juga boleh jadi pemborong china.


Cuba korang bayangkan beli handbag dari website china dengan harga RM10 selepas tu korang jual handbag tu pada harga RM40 berape kali ganda keuntungan yang korang perolehi. Korang dapat untung RM30.

China currency

RM1.00  = 1.53 Yuan (China)

RM10.00  = 15.31 Yuan

RM1.00 = 4.22 Usd (Amerika)

RM10.00 = 42.20 Usd

Jika korang dapat jual 10 handbag korang boleh untung RM300, jika korang jual 100 handbag korang boleh untung RM3000 lagi korang menjual dan melabur lagi bsnyak lah keuntungan tu.

Mudahnya Beli Barang Dari China


Jadi pemborong china

Serius nak cakap sebenarnya korang boleh buat duit kalau korang beli sendiri dari china, sebenarnya korang boleh je jadi dropship dan saya tak cakap pun dropship ni tidak bagus, walaupun dengan hanya keuntungan RM5 setiap kali menjual 1 produk tanpa mengeluarkan sebarang modal (percuma).


Daripada jadi sebagai dropship kalau korang sendiri dah tahu untuk beli barang dari china..lebih baik korang borong sendiri dari china dan jual sendiri boleh untung RM40 - RM50 setiap produk. So mana satu pilihan korang alang..alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan..alang2 nak buat bisness buat betul2.


Apa yang saya nak kongsikan ini cara asas pembelian di taobao, kerana website taobao adalah pembelian paling mudah dan senang untuk kita pelajari dimana kita boleh membeli mengunakan online bangking macam maybank dan cimb bank.


1688 juga adalah nama dari syarikat china yang tidak kurang hebat bagi pemborong dan juga pembeli konsep dia tetap sama platform e-commerse membeli-belah dalam talian seperti taobao, kenapa tidak beli sahaja di 1688,  bagi 1688 korang kena ada ejen dan sedikit caj tambahan kelemahannya tidak boleh mengunakan online banking, 


Kelemahan 1688

✅ Perlu EJen

✅ Tiada Online Banking

Saya nasihatkan pada yang baru berjinak-jinak untuk cuba membeli dari china beli mengunakan taobao pilih cara yang lebih mudah , selamat dan cepat sampai

Caranya cukup mudah! Apa yang perlu korang ada?

Korang perlu ada capaian akses ke internet yang stabil,  internet bangking memidahkan wang (transfer secara online) dan mempunyai handphone, laptop atau komputer

✅ Internet

✅ Online Banking

✅ Handphone / Laptop

(digalakkan mengunakan laptop/komputer support paparan lebih stabil, jelas dan mudah dalam membuat pembelian)

Korang tidak perlu belajar dan fasih dalam bahasa china, tidak perlu pergi oversea ke china semata-mata untuk membeliya, tidak perlu hadir kemana-mana program dan seminar dari mana-mana penganjur dan tidak perlu mengekuarkan modal serta kos yang besar

Daftar beli produk di taobao

CARANYA?

1. Daftar di website Taobao

2. Pilih barang 

3. Cari supplier terbaik

4. Buat bayaran 

5. Tunggu barang sampai depan rumah

Dengan 5 langkah mudah diatas kami akan tunjukkan secara asas pembelian melalui laman web di taobao


Untuk shipping boleh rujuk disini di bawah ini


2 jenis penghantaran dari china/shipping

1. Penghantaran air cargo 

Dengan harga RM11.00 - RM15.00 untuk setiap 1kg. Dengan mengambil tempoh selama 6-8 hari untuk sampai.


Bagi perbezaan situasi atau luarjangka dalam penerbangan udara di mana harga shipping serta nilai akan berubah dalam RM15 - RM24 bagi situasi tempoh tertentu sahaja dan akan kembali berubah kepada harga biasa


2. Penghantaran sea cargo 

Penghantaran melalui rentas udara agak lebih murah diantara RM4.00 ke RM9.00 bagi setiap 1kg. Tempoh sampai ke destinasi 2 - 3 minggu


Tips shipping

Lebih banyak kuantiti atau barang yang diborongKalau beli borong / banyak / berat kami mencadangkan korang mengunakan penghantaran melalui laut sea cargo kerana ianya lebih menjimatkan kos korang. Beza nya makin berat barang korang akan makin murah caj bayaran bagi setiap kg


Manakala bagi penghantaran melalui Air Cargo lebih sesuai bagi mereka yang membuat perniagaan serta jualan bisnes Pre-order atau pembelian untuk diri sendiri. 


Selain harga barang yg terjangkau lebih murah, kos shiping di China juga antara termurah di dunia.


Semua itu boleh kita perolehinya dengan ketekunan benar untuk tahu asas pembelian di web taobao dari china

Artikel berkaitan :

Sudah baca? 

Begini buat income shopee ramai tak tahu

Cara mudah cari barang di taobao

Iklan bersama kami dengan kadar harga murah sebulan

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama