Ruangan Mengenai Aril Impian

PENGENALAN

Laman Blog TEHOKAW.COM ini telah ditubuhkan pada tahun 2020 yang sebelum isi dikenali sebagai arilimpian pada suatu ketika dahulu kali pertama meceburi bidang blogging pada tahun 2012, dan kini pada tahun 2020 kami telah menaik taraf laman ini dengan menukar nama sebagai Tehokaw. dengan secara rasminya.


Mengenai laman tehokaw.com



Tujuan blog ini ditubuhkan untuk untuk mencetuskan idea berkongsi maklumat bersama dunia blogger dalam isu teknikal pembinaan laman web blog tutorial juga berkisar tentang perkongsian isu semasa, blog tutorial, tips, kesihatan, resepi, kereta, homestay, buat duit online, islam dan panduan.


Dengan adanya laman seperti ini dapat juga kita bersama-sama bertukar pendapat dan buah fikiran bersama laman/blog sahabat-sahabat blogger yang lain dan juga dapat mendekatkan diri dengan pembaca.


Berkongsi pendapat bersama dunia blogging



Dengan tertubuhnya laman ini dapat meningkatkan lagi kepercayaan terhadap pembaca.untuk terus kekal menjadi pembaca di blog laman ini dan membina hubungan yang lebih baik dan akrab terhadap pembaca-pembaca blog yang setia bersama terutamanya pada follower laman ini, laman yang dibangunkan dengan sekadar bersederhana ini tidaklah seberapa kalau dibandingkan dengan laman blog yang lain dimana lebih lama penubuhannya serta lebih profesional banyak yang perlu kita pelajari daripadanya.


Dari itu berbanyak terima kasih dan penghargaan kepada sahabat-sahabat blogger yang tak henti-henti support pada laman Aril Impian ini pada suatu ketika dahulu,kepada yang lebih mengenali Aril Impian kerana penerimaan blog arilimpian dan kini dikenali sebagai tehokaw dalam dunia blogging.

Pengasas laman tehokaw


Lebih mesra sahabat dan juga rakan-rakan blogger panggil saya dengan nama Aril pun lebih mudah dan ringkas betul tak. oklah saya rasa berbangga menjadi seorang blogger malaysia dimana ianya tanah kelahiranku,"Aku Anak Malaysia" saya berasal dari Klang Selangor belajar di SRK Kapar Klang dan SMK Tengku Idris Shah Klang SMKTIS seterusnya melanjutkan pengajian di IKTBN Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Malaysia Of Skill level two di Bachok Kelantan dan seterusnya ke IKM Kedah, seterusnya menyambung pengajian di Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam Selangor dalam masa yang sama saya juga berkhimat dalam ketenteraan Rejimen Askar Wataniah Batalion 3 selama 8 tahun di Kem Sabak Bernam Selangor.Hobi dan minat saya lebih kepada memancing dan melancong ke seluruh semenanjung malaysia dan juga pernah menggembara ke negara orang seperti Thailand dan Singapore.

Terima kepada yang support laman tehokaw



Setelah lebih 10 tahun berblogging memang tidak sangka dengan pencapaian yang ada sekarang. Kejayaan ini tidak datang sekelip mata dan tidak juga berlaku begitu sahaja. Bantuan berterusan dari Rakan-rakan blogger serta sahabat rapat memang tidak dapat dilupakan. Siapalah saya tanpa mereka ini semua. Tidak ketinggalan terima kasih juga kepada semua Rakan Blogger yang terus bersama laman TEHOKAW.COM .


Semoga kehadiran blog TEHOKAW pada di dunia blog ni menambah inspirasi pencetus generasi hadapan. Adalah menjadi cita-cita saya untuk menjadikan Blog TEHOKAW sebagai sumber perkongsian,blogging dan perniagaan secara online kepada Rakan Blogger yang setia bersama Blog Tehokaw 


Kepada yang ingin tukar link boleh tinggalkan nama dan link. Kepada yang belum jangan lupa klik
 LIKE Fanpage Facebook, Follow Twitter dan Subscribe Facebook.

Rakan-rakan serta sahabat boleh hubungi saya melalui Twitter dan Facebook.

Salam sukses.
Terima kasih.
Tehokaw Network

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

أحدث أقدم

Translate