Mengamalkan bacaan zikir ianya bukan sesuatu yang menjadi tanda tanya atau perbuatan yang janggal terutamanya bagi masyarakat Malaysia khususnya bagi orang islam.


Ibadah zikir merupakan salah satu amalan ibadah yang disyariatkan untuk dilakukan dimana sahaja dan segenap ruang ketika sedang melakukan ibadat daripada khusus atau umum.


Kesan zikir pada tubuh dan hati seseorang

Amalan zikir yang seringkali kita lakukan sebagai rutin harian terutamanya doa-doa tertentu untuk melakukan sesuatu atau perbuatan yang diawali dengan zikir.


Antaranya aktiviti rutin manusia seperti sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur, masuk ke bilik mandi dan keluar, sebelum makan dan selepas makan dimana setiap masa, detik dan saat seseorang itu menunjukkan sentiasa ingat kepada Allah SWT.


Bacaan zikir selepas solat


Dalam sedang kita beramal ibadat seperti melakukan solat, membaca surah-surah, al-Quran, bertahlil, berzikir dan juga berdoa  yang biasa dilakukan diakhir selesai selepas solat, maka dari itu minda pemikiran seseorang dan seluruh anggota badan akan tertumpu kepada penghayatan mengingati Allah SWT semata. 


Bagi zikir lisan dengan menyebut asma Allah, afal, sifatNya atau apa sahaja kalimah yang berkaitan dengan Allah SWT sama ada dilakukan individu atau secara berjemaah. 


Dan ramai diantara kita sebagai seorang islam tidak mengetahui terdapat khasiat serta rahsia kesan dari amalan berzikir, diantara kesan dari melakukan zikir adalah seperti berikut :

Kesan Bacaan Zikir Kepada Seseorang



1. Jari jemari yang membilang dan mengira zikir akan menjadi saksi dan berkata kepada Allah bahawa seseorang itu sering tidak pernah meningalkan zikir.



2. Allah SWT telah sediakan satu pintu khas di syurga untuk orang-orang yang kuat berzikir dan sentiasa berzikir. pemudah bagi umatnya untuk masuk syurga.



3. Memudahkan perkara yang rumit, insyaAllah segala permasalahan dan kesulitan yang dihadapi akan diselesaikan dengan mudah.



4. Akan membuka pintu rezeki insyaAllah rezeki akan terus mengalir datang dari tempat yang tak disangka-sangka serta akan dibebaskan dari kesempitan dan masalah kewangan serta sebagainya.




5. Menyebabkan Allah menyebut-nyebut nama orang yang berzikir kepada malaikat dengan bangganya.



6. Menyebabkan datangnya nikmat-nikmat Allah



7. Menyebabkan Allah dan para malaikat mendoakan baginya.



8. Menjadikan hati lembut dengan zikir serta ayat ayat Allah semoga dilembutkan hati mereka yang keras.



9. Mengelakkan lidah daripada mengatakan sia-sia dan dosa.



10. Kalimat zikir yang sering diucapkan, ternyata ada kalimat yang lebih luar biasa 30 malaikat akan datang untuk menyaksikan Majlis zikir untuk dicatatkan.



11. Merawat penyakit hati, penyakit paling bahaya jika hati telah mati hati tidak lagi dapat berfungsi dengan baik serta sensitif lagi dengan dosa.



12. Menghilangkan karat pada hati. Jika baik perbuatan maka baik keseluruhan anggota tubuhnya , jika ia buruk maka buruk lah seluruh anggota tubuhnya. Bersihkan noda hitam sebelum ianya menjadi karat.


Bacaan zikir penenang hati


13. Menyebabkan hati diselaputi perasaan damai dengan melakukan zikir sama ada dalam keadaan sedih atau bahagia, sihat atau dalam keadaan tengah sakit dan lapang atau sempit.



14. Mendapat rahmat jiga mendapat penghormatan tertinggi daripada Allah SWT atas perbuatan membasahkan lidah dengan zikir perasaan serta jiwa akan merasai tenang.

Susunan bacaan zikir seperti berikut :
  • Istigfar
  • Tasbih, Tahmid & Tahlil
  • Ya Allah
  • Hasbi Rabbi Jallallah
  • Laisalaha Mindunillahil Kasyifah
  • Lailahaillallah Al Malikul Haqqul Mubin
  • Astagfirullah innallaha Kanatawwaba
  • Lailahaillallah Muhammad Rasullullah
  • Tubna Ya Allah
Doa penang hati

رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَٰذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَلْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ

Robbanaa akhrijnaa min haadzihil qoryatidz dzoolimi ahluhaa waj’al lanaa min ladunka waliyyan waj’al lanaa min ladunka nashiiroo. 



15. Mendapat pahala seolah-olah memerdekakan hamba dan membiayai jihad pada jalan Allah.



16. Merupakan tanda syukur kepada Allah nikmat Allah terlalu banyak, tetapi syukur kita terlalu sedikit dengan bersyukur hidup kita akan menjadi bahagia.

Melakukan sujud syukur dengan kerana niat atas nikmat dan kurnia :

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى

Subhana rabbiyal a’la

Maksud: 

"Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi"

Atau

 اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Allahumma a’inni ‘ala dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatik’ 

Maksudnya :

"Ya Allah tolonglah aku untuk berzikir dan bersyukur serta beribadah yang baik pada-Mu).” (HR Abu Dawud dan Ahmad"



17. Menghidupkan hati berusaha untuk selalu mengingati Allah SWT , jangan biarkan hati mati serta lalai daripada leka dan lupa sentiasa ingat kepada penciptaNya.

Dibaca sebanyak 40 kali sebelum Subuh :

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ لآ إلَهَ إِلاَّ أَنْتَ

Ya hayyu ya qayyum la ilaha illa anta

Maksudnya  :

" Ya Maha Hidup, Yang Maha Sempurna, Tidak ada Tuhan selain Engkau."



18. Tingkatkan kedudukan kita untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, bahawa ianya lebih baik daripada memberi emas atau perak dan lebih mulia daripada berperang dengan musuh dalam keadaan kalau mahupun kamu menang dalam peperangan.

Tiga cara untuk mendekatkan diri dengan Allah :

1. Zikir hati
2. Zikir lisan
3. Tilawah Al-Quran


19. Ganjaran yang besar diampuni segala kesalahan dan menghapus segala dosa pada diri kita.

Baca zikir ini sebanyak 100 kali dan diamalkan :

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


"Maka pahalanya seperti membebaskan 10 orang hamba, dan akan dituliskan 100 kebaikan, serta hapunya 100 dosa kejahatan dan dilindungi dari hasutan syaitan sehingga petang.”

Bacaan zikir harian


20. Membantu memberi kekuatan terutamanya pada tubuh kita Menjadikan badan kuat untuk mempertahankan diri dan melawan segala bentuk anasir-anasir jahat seperti jin, syaitan, santau, sihir dan ilmu hitam. 

Amalkan bacaan zikir ini seperti wirid harian :

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُb الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ

Laa ilaaha illallaåh wahdahu laa syarikalah, lahul mulku, walahul hamdu, wahuwa ‘ala kulli syay-in qådiir.

Sudah baca? 



Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama

Translate