Bila dengar pecal, kita pasti akan tahu itu makanan orang jawa, pecal bukan sahaja hanya  masyarakat jawa yang makannya malah sangat popular dikalangan berlainan latar belakang budaya dan berbagai bangsa lain turut dapat merasai makanan pecal ni. 


Resepi pecal

Pecal juga boleh diklasifikasikan menu makanan sihat pilihan utama diet kerana pecal makanan yang berasaskan sayur-sayuran diantara bahan utamanya dalam hidangan sihat la.

Berikut jenis sayur yang digunakan dalam pembuatan pecal :


Jenis sayur pecal

1. Pucuk ubi

2. Kangkung

3. Kacang panjang

4. Timun

5. Sengkuang

Tambahan seperti tauhu dan tempe

Ini diantara senarai sayur yang seringkali digunakan oleh orang jawa itu sendiri dalam pembuatan menu pecal untuk mengekalkan rasa masakan orang jawa yang asli.

Sudah baca? Pasta perisa udang resepi masakan itali


Cara Buat Pecal Resepi Masakan Orang Jawa

Cara membuat pecal



Untuk penyediaan sayur sahaja korang mesti dah rasa terliur, belum lagi jika dibayangkan apabila kuah kacang pecal dituang ke atas sayur-sayur yang akan dihidangkan memang sedap


Jika korang teringin nak buat sendiri pecal dirumah, first sekali korang sediakan sayur yang telah saya senaraikan diatas korang boleh lah pergi ke kedai-kedai atau pasar basah untuk dapatkan bahannya.


Resepi pecal sayur



Untuk penyediaan kuah@sambal untuk pecal korang dikehendaki sediakan bahan untuk sambal pula seperti 

Bahan kuah pecal

1) 2 cawan kacang tanah

2) 15 tangkai cili kering (jenis pedas@tidak pedas)

3) 12 biji bawang merah ( jenis kecil)

4) 5 ulas bawang putih

5) 9 - 10 biji cili padi (warna merah)

6) 3 camca besar hirisan untuk gula melaka

7) 1 1/2 inci belacan

8) 2 1/2 inci isi cekur

9) 1 cawan jus asam jawa (atau secukupnya)

10) sedikit udang kering


Sudah baca? Laksa penang claypot rasa original resepi turun temurun


Cara Buat Pecal Resepi Masakan Orang Jawa

Goreng kacang tanah

Mula sekali korang goreng kacang tanah dalam minyak atau korang boleh sangai tanpa perlu minyak untuk digoreng hingga kacang korang nampak kekuningan dan keperangan, kemudian angkat kacang untuk memisahkan kulit halus dari kacang cara mudah alaskan tangan dengan kertas (surat khabar) dan gaul sambil gemgam berulang kali untuk memudahkan kulit dibuang.


Tumbuk halus bahan pecal

Kemudian tumbuk halus kacang  (atau dikisar blender) kisar jangan terlalu halus sedang-sedang seperti gula pasir. Seterusnya gorengkan cili kering, bawang putih, bawang merah belacan dan cili padi secara berasingan goreng seperti celuh sahaja. Angkat dan toskan kesemua bahan dan tumbuk halus.


Seterusnya masukkan gula melaka dan cekur, tumbuk mengunakan batu lesung biar semua bahan dalam keadaan lumat.


Masukkan ke semua bahan yang ditumbuk lumat ke dalam mangkuk berisi kacang tumbuk tadi, gaulkan dengan rata. Tambah sedikit jus asam jawa dengan secukupnya, masukkan air sedikt demi sedikit sambil digaul perlahan dalam keadaan panas dan kacau hingga mendapat kuah pecal yang tidak terlalu pekat atau cair. Rasa sedikit bahan tersebut setelah digaul dengan rata dengan tambah garam dan gula dengan secukupnya.

Sudah baca? Resepi ais krim roti malaysia


Cara Buat Pecal Resepi Masakan Orang Jawa

Penyediaan untuk sayur pecal


Goreng tauhu dan tempe sehingga kekuningan, kemudian angkat dan dipotong dadu kecil. Panaskan air dalam periuk dan  masukkan sedikit garam. 


Celur kesemua jenis sayur kacang panjang, kangkung kemudian tos kan, ulang rebus dengan memasukkan taugeh pula untuk pucuk ubi boleh direbus asing kerana pucuk ubi perlu masa yang lama untuk direbus sehingga betul-betul lembut berbanding lain-lain sayur.


Celur sayur pecal

Rebus atau celuh sayur jangan terlalu lama, jika semua jenis sayur telah diangkat dan di tos atau ditapis dari air rebusan seterusnya sayur hendaklah di perah airnya supaya kering dan kemudian di potong kecil lebih kurang satu inci. 


manakala bagi taugeh pula dibersihkan/basuh terlebih dahulu dan di letakkan ke dalam tapis, dan di siram dengan air panas yang betul2 mendidih dan tos hingga kering. 


seterusnya untuk sayur jenis timun dan sengkuang hiris dengan kecil. Bagi orang jawa kebiasaannya suke letak cekur, so itu terpulang pada pilihan dan citarasa koranglah.


Cara penyediaan pecal untuk dihidangkan, campurkan kesemua jenis sayur, tempe dan tauhu yang telah digoreng dan dipotong kecil ke pinggan curahkan sambal kuah kacang keatas campuran sayuran dan sedia untuk dimakan.

selamat mencuba resepi pecal orang jawa.

Sudah baca? Resepi yee mee sizzling sedap

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama