Dalam kita tidak sedar kita mengalami stres atau dikenali sebagai tekanan banyak faktor serta penyebab berlakunya keadaan stres pada kita, mencegah lebih awal adalah jalan penyelesaian sebelum ianya menjadi lebih buruk.

Sebelum itu mari kita mengenali terlebih dahulu apakah stres dalam kehidupan kita bagi seorang individu. Apakah jenis stres, tanda seorang yang stres dan panduan meredakan stres.

Anda Stres Panduan Menangani Stres

Definisi stres

Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan.

Fakta stres

Tekanan adalah perkara yang boleh dikatakan biasa atau normal bagi kebanyakan orang dalam menjalani kehidupan seharian - samada membantu perkembangan individu atau akan menyebabkan masalah kepada individu itu sendiri.


Apabila berlaku stres, badan seseorang itu akan mengeluarkan neorochemical dan hormon yang mempersiapkan diri individu untuk bertindak balas.


Tekanan boleh membawa kepada wujudnya atau buruk kesan kepada kesihatan sekiranya individu itu sendiri tidak menangani isu yang sedang dialami disebabkan oleh stres stau tekanan.


Tekanan yang dialami boleh juga ditangani dengan cara mendapatkan sokongan serta dorangan daripada orang-orang yang tersayang atau yang terdekat paling hampir dengan kita, cubalah untuk melakukan senaman dengan sekerap yang mungkin, bermeditasi atau dengan melakukan teknik merelaksasikan diri segarkan pemikiran diri.


Mengambil makanan secara yang keterlaluan dan pengambilan penyalahgugaan bahan seperti dadah, rokok, minuman keras (alkohol) dan juga bahan yang menghayalkan akan memburukkan lagi keadaan dan akan membuatkan lagi individu itu akan menjadi lebih mendapat tekanan stres berganda sekiranya terdapat masalah baru dan yang terjadi pada masa akan datang.


Tekanan pada seseorang yang tidak ditangani dengan baik juga boleh disebabkan individu tersebut tidak atau kurang mendapat sokongan dan perhatian sosial daripada masyarakat komuniti juga pada orang-orang sekeliling mereka.


Pengurusan tekanan turut bergantung kepada kekuatan, keupayaan dan kesediaan pada individu itu sendiri untuk membuat perubahan dalam pengalaman gaya hidup sihat.


Jenis stres


1. Eustress

Tekanan berbentuk POSITIF yang mendorong invidu itu untuk meningkat produktiviti mereka dengan lebih efektif. Berlaku apabila tekanan dijadikan tenaga positif dan pendorong.


2. Distress

Tekanan berbentuk NEGATIF dan reaksi negatif individu terhadap rangsangan sosial. Perkerjaan dan persekitaran. Berlaku apabila terdapat tekanan yang melampau dan mengakibatkan kesan negatif terhadap emosi, fikiran dan kesihatan individu.


Tanda stres 


Fizikal

Kering mulut, gementar, sakit kepala, masalah tidur, cepat letih, lenguh-lenguh badan, jantung berdebar-debar, sakit perut dan cirit-birit.


Psikologi

Gelisah, cepat marah, lemah semangat, mudah bimbang, kurang daya tumpuan, mudah lupa, takut gagal, rendah diri, resah dan bosan.


Tingkah laku

Merokok berlebihan, penyalahgunaan alkohol/dadah, masalah tabiat makan (samada semakin banyak atau kurang selera makan), tingkah laku agresif.


Panduan menangani stres 

Panduan menangani stres yang perlu kita bertindak lebih awal untuk mengelakkan keadaan semakin bertambah buruk seperti berikut :

1. Periksa diet pemakanan seharian 

  • Kurangkan pengambilan garam
  • Kurangkan pemakanan gula dan makanan segera
  • Kurangkan pemakanan kafein
  • Tambahkan sayur-sayur, buah-buahan air

2. Dapatkan rehat yang cukup

  • Cukupkan tidur 6-8 jam sehari
  • Tidur dalam persekitaran bilik yang gelap dapat merembeskan hormon melatonin untuk galakkan tidur yang selesa dan nyenyak
  • Jauhkan diri daripada gatjet sebelum tidur gelombang telefon akan menganggu gelombang otak

3. Berkongsi luahkan / perasaan anda
  • Dapatkan psikologi yang dapat sedia membantu korang.
  • Pilih ahli keluarga atau rakan-rakan yang anda selesa dan boleh dipercayai untuk berkongsi apa yang dirasai dan yang sedang dialami.

4. Bersenam
  • Berjalan 15 minit dapat turunoan hormon stres (kortisol) sebanyak 12.4% 
  • Bila badan berpeluh dengan senaman hormon endorfin  (pencetus perasaan gembira/seronok ) akan dirembes 

5. Laksanakan wujudkan hobi 
  • Tidak fokus kepada tugasan/kerja sahaja
  • Laksanakan hobi / perkara yang membuat anda akan merasa seronok.

6. Uruskan gaya hidup korang 
  • Buat senarai kerja/tugasa yang perlu dibuat setiap hari/minggu 
  • Laksanakan senarai kerjatugasan mengikut yang lebih utama segera.


Urus stres anda dengan baik demi kesejahteraan emosi dan psikologi kita bersama 

Sudah baca?






Sumber : 

Hormiza Binti Mat Hona 
Pegawai Psikologi Unit Pengurusan 
Psikologi & Kesihatan,
Politeknik Sultan Idris Shah.

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama