Sedikit perkongsian tips, teknik serta kemahiran memandu semasa dalam keadaan hujan lebat.
6 tips memandu sewaktu hujan seperti berikut
Tips Elakkan menekan brek sewaktu kenderaan terbabas
Sekiranya kenderaan yang korang bawak tu terbabas biarkan kenderaan korang tu terus meluncur jangan menekan brek untuk mengelakkan risiko lebih parah seperti gelinciran, berpusing dan terbalik sebaliknya fokus untuk gunakan stereng untuk menghalakan kenderaan korang ke arah yang korang rasa lebih selamat.
Elakkan memandu di lorong kanan
Perlu diingatkan kenderaan lain yang datang dari arah berlawanan kebanyakkanya akan melanggar lopak air yang bertakung di sepanjang jalan semasa hujan yang menyebabkan air akan terpercik ke arah cermin hadapan kenderaan korang yang mengakibatkan penglihatan korang akan terjejas dan terhalang sewaktu memandu.
Hentian rehat dan rawat
Berhentilah di hentian-hentian yang terdekat untuk seketika untuk mengelakkan kemalangan semasa perjalanan korang hujan yang semakin bertambah lebat untuk mengelakkan penglihatan terjejas serta berlakunya kabus dan faktor berlaku cuaca yang gelap.
Sudah baca? Tips cara membeli kereta terpakai secondhand
Menjaga jarak antara kenderaan
Jangan memandu terlalu rapat dengan kenderaan di depan korang dengan keadaan permukaan jalan raya yang agak licin semasa hujan :
Berhati-hati jika kenderaan dihadapan korang akan menekan brek dengan secara tiba-tiba, berkemungkinan korang tidak sempat dan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk memberhentikan kenderaan korang.
Lampu amaran kereta
Jangan nyalakan lampu amaran bahaya kenderaan korang lampu amaran hanya boleh digunakan sewaktu kereta korang berada dalam keadaan berhenti atas sebab-sebab tertentu dan kecemasan sahaja
Sudah baca? Signal kereta rosak? Tukar relay flasher unit
Jangan memandu melebihi had laju
Memandu melebihi kelajuan 80km/j atau melebihi kelajuan tertentu yang telah ditetapkan oleh papan tanda semasa melalui kawasan-kawasan tertentu sangatlah perlu dipatuhi untuk mengelakkan berlakunya tayar kenderaan korang tidak dapat mencengkam dengan baik pada permukaan jalan raya risiko kenderaan korang akan terus meluncur ke hadapan.
- Punca dan faktor tayar botak atau haus juga penyumbang utama kurangnya cengkaman di atas permukaan jalan.
- Takungan air serta lopak air yang berada diatas jalan raya juga salah satu faktor juga.
Catat Ulasan
Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM