Resepi Yee Mee Sizzling Sedap


Resepi yee mee sizzling ayam cendawan

Bahan buat sizzling (Untuk makan 3 orang)


1. 3 gulung yee mee

2. 5 ulas bawang putih 

3. 1/2 inci halia - dicincang halus

4. Ayam - dipotong kecil

5. 6 kuntum cendawan shitake kering 

6. 4 biji cili kering - dipotong-potong

7. 4 sudu makan sos tiram

8. 3 sudu makan kicap cair

9. 3 sudu makan kicap pekat

10. 1 sudu makan serbuk lada hitam

11. 1 sudu teh minyak bijan

12. 2 sudu makan tepung jagung + secawan air

13. Minyak untuk menumis

14. 4 cawan air


Sudah baca? Pasta perisa udang resepi masakan itali

Cara masak sizzling

Pertama sekali korang dikehendaki tumis terlebih dahulu bawang putih, cili kering dan halia hingga mengeluarkan wangi. (Pastikan bawang putih telah dicincang halus)


Dan korang masukkan ayam yang telah dipotong kecil atau besar ibu jari (bersama tulang ayam)  , ayam dikehendaki di goreng sebentar sehingga ayam agak masak dan benar-benar empuk dimasak. Masukkan 4 gelas cawan air. Jika korang lebih sukakan kuah yang banyak boleh tambahkan lagi mengikut selera korang ye.

Bahan yang berjenama lebih sedap

Langkah seterusnya masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Jenis dan brand campuran ini ada banyak pilihan di pasar raya kalau korang guna jenama yang lebih baik dan mahal rasa sizzling korang lebih sedap


Kemudian biarkan campuran tersebut mendidih disamping ayam dalam berkeadaan masak dengan betul. Seterusnya korang masukkan cendawan dan tunggu biarkan 2 hingga 3 minit. Masukkan pula air tepung jagung. Digaul dengan rata dan tekstur kuah akan berubah menjadi pekat.

*Pastikan cendawan jenis shitake di rendam terlebih dahulu sehingga kembang dan dibuang batang potongkan kepada 4-5 bahagian

Cendawan shitake kering

Resepi Yee Mee Sizzling Sedap


Langkah seterusnya korang masukkan minyak bijan dan gaul dengan rata. Tutup api. Bila dah sampai waktu untuk dihidangkan, korang jangan lupa masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Untuk kuah ikut sukatan dan keperluan berape senduk yang korang rasa ok

Pilihan noodle yee mee

Masukkan 1 gulung yee mee dan masukkan sayur sawi kemudian pecahkan 1 biji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lebih lembut dan biarkan keadaan telur dalam separuh masak. 

*boleh guna mee kuning atau kuehteow seeloknya buat sizzling mengunakan yee mee noodle yang kering sebenarnya ada banyak jenis yee mee ni yang dijual di pasaraya seperti Noodle Yee Mee Sizzling Nuqman, Tiau yoke, crispy noodle, murni yee mee dan banyak lagi

Sizzling siap dihidang

Seterusnya api dah boleh ditutup angkat mee. Ulang langkah 8 untuk hidangan yee mee yang lain. Last pada meja hidangan tu letakkan sos blackpaper untuk lebih aroma dan dan sedap..

So ape lagi boleh lah korang cuba buat di rumah..Selamat mencuba.

*Jika korang tiada plate besi korang boleh masak mengunakan kuali biasa di rumah, tidak menjadi masalah tentang kuali


Tips

Bagaimana untuk mengelakkan plate besi/kuali daripada berkarat, selepas plate besi digunakan hendaklah basuh kemudian panaskan di atas api sehingga plate besi kering dan sejukkan untuk disimpan di tempat kering.

Sudah baca? Laksa claypot rasa original resepi turun temurun


Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram

Kredit @ResepiDuniaMasakan

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama