Ais krim Malaysia memang tidak asing lagi yang sangat popular sejak dari dulu, kini ais krim Malaysia masih relavan dikalangan kita terutamanya masyarakat melayu.

Resepi roti dan aiskrim

Bila kita ingat kembali zaman kanak-kanak sewaktu di alam persekolahan dulu, mesti ada gerai-gerai kecil yang menjual berbagai jenis makanan ringan serta manisan lebih mesra panggilan oleh anak-anak dengan "Jajan" yang kebiasaan ada menjual di hadapan sekolah disetiap pintu pagar keluar. Tak sabar rasa tunggu habis waktu sekolah berpusu beratur panjang untuk dapatkan ais krim.

Rasanya dulu tak banyak pilihan perasa ais krim ni biasa yang kita jumpa perasa asam boy, sirap, orange, dengan harga 10 sen bagi setiap sebatang pada era 80an time tu je korang boleh jumpa jauh lebih murah kalau nak dibandingkan dengan harga sekarang 50 sen, RM1 tapi kalau perasa yang lebih special adakalanya sampai RM2.

Kini ais krim malaysia dah bermacam jenis, rasa, ramuan dan harga yang korang rasa lebih sedap dari ais krim dalam masa yang sama bersaing dengan ais krim yang lebih berjenama seperti Wall's, Cornetto, Magnum, Magnolia dan Nestle dan sebagainya.

Cuba rasa ais krim roti

Kembali kita kepada ais krim malaysia dimana ade resepi baru yang akan saya kongsikan pada korang semua iaitu resepi ais krim roti namanya mungkin biasa di dengar dan tidak lah rasa pelik atau mungkin sebelum ini ade yang belum pernah cuba merasainya. Apa kata kita cuba buat dan rasakan sendiri nikmat serta lazatnya ais krim roti ini.

Sudah baca? Pasta perisa udang resepi masakan dari itali


Resepi Ais Krim Roti Malaysia


Bahan buat Ais Krim Roti 


Bahan yang perlu korang sediakan untuk membuat ais krim roti, bahannya cukup mudah untuk disediakan

1) 1 tin susu cair (F&N, Marigold, Saji)
2) 1 tin susu pekat (Tea Pot, Dairi Cham)
3) secubit garam
4) 4 tin air, ikut sukatan tin susu..sukat dengan tin susu 
5) Roti di gunting kecil (Gardenia, High 5)
6) Esen vanila

Cara membuat ais krim roti


Gunakan jac atau bekas yang besar campurkan kesemua bahan seperti susu cair, susu pekat, sedikit atau secubit garam dan masukkan air dengan sukatan 4 tin susu kemudian di kacau jangan lupa sedikit esen vanila sebagai penambah perasa lagi sedap kacau hingga rata.

Kemudian mengunakan roti jenis buku, guntingian roti saiz kecil-kecil saiz roti pastikan di gunting  mudah untuk dimasukkan ke dalam plastik ais krim bersama bancuhan tadi.

Selepas itu siap untuk di pack ke dalam plastik gunakan jac atau teko tuangkan bancuhan ke dalam beg plastik ais krim jangan terlalu penuh cukup separuh sahaja untuk membagi ruang masukkan potongan roti yang telah siap digunting dan diikat ,dah selesai dan last sekali masukkan ais krim yang telah diikat ke dalam peti sejuk beku.

Tips ais krim gebu


Sedikit tips untuk bagi ais krim lebih gebu, korang boleh tambahkan 1 sudu besar tepung jagung. Rasa dia lagi memukai dengan campuran roti ketika ais krim di makan pasti korang akan repeat lagi.memang sedap

Jom share pada kawan-kawan ais krim roti Selamat mencuba semua. Korang boleh makan untuk sendiri bersama keluarga atau korang boleh jual ais krim ni..

kredit:Zulhilaifah Berhaudin

Jom share pada kawan-kawan ais krim roti


1 تعليقات

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

إرسال تعليق

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

أحدث أقدم