Konda kondi permainan yang dikaitkan dengan permainan orang dulu dulu yang kini permainan tersebut kian semakin dipinggirkan oleh masyarakat umum terutamanya. Tidak dapat dinafikan sangat sangat kurang pendedahan bagi generasi masa kini.

Permainan Konda kondi dikenali sebagai Perik Mata ialah sejenis permainan tradisional kanak-kanak di Malaysia. Dalam masyarakat india, yang dipanggil 'kaunda kaundi'. Permainan ini boleh dimainkan minimum hanya dua orang sahaja lebih ramai lagi seronok untuk dimainkan.

Perik Mata Adalah Permainan Konda Kondi Tradisi Masyarakat Melayu


Permainan ini mengunakan dua batang kayu panjang yang berbeza ukuran dengan kayu sepanjang 0.6 meter dan setengah inci lebar kayu tersebut dan perlu membuat sebuah lubang yang perlu dikorek sedalam 0.3 meter dalam. Kemudian sebatang kayu melintang bersaiz 0.6 meter itu akan diletakkan secara melintang di tengah antara lubang yang dibuat tadi.

Sudah baca? Permainan lama baling seliper orang malaysia

Peraturan permainan konda kondi

Manakala lagi sebatang kayu yang berukuran saiz yang lebih panjang diperlukan untuk menguit/mengungkit/menyongkit kayu yang ukuran lebih kecil yang diletakkan secara melintang pada posisi ditengah-tengah lubang tersebut supaya kayu akan terpelanting atau terlontar jauh dari posisi pemain lawan.

Teknik serta langkah bagaimana konda kondi dimainkan penerangan secara ringkas untuk kita lebih mengenali konsep permainan ini seperti berikut :

Bagaimana bermain konda kondi

1. Setiap kumpulan yang telah dibuat dikehendaki melakukan undian untuk mendapatkan giliran sebagai pemain kumpulan utama dan pemain kumpulan kedua yang akan menentukan pemula untuk melakukan permainan.

Korek lubang konda kondi

2. Lubang di korek diatas permukaan tanah. Pemain utama meletak kayu anak ( Kayu yang lebih kecil ) melintangi lubang. Lalu menguis kayu anak mengunakan kayu ibu ( Kayu yang besar dan panjang)

Menangkap kayu

3. Tugas bagi anggota pemain dari kumpulan kedua pula akan berusaha menangkap kayu anak yang melambung di udara yang dipukul dari kumpulan pertama

Kayu anak disambut

4. Sekiranya kayu anak berjaya disambut, maka dari itu kumpulan utama akan dikira mata. Dan giliran seterusnya permainan bertukar. Kumpulan kedua pula akan mengambil peranan sebagai kumpulan utama pula. 

Memukul kayu anak

5. Untuk meneruskan permainan pada tahap pusingan yang ke dua pula, salah seorang anggota dari kumpulan pemain utama untuk memukul kayu anak, pemain utama berusaha menghalang kayu anak yang dibaling oleh pemain kedua.

6. Markah serta mata akan dikira dengan cara membaringkan kayu anak betul-betul menghala ke arah lubang.

Sudah baca? Permainan baling tin atau lecut pot


Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama