Inilah hari yang paling dinanti hari yang sangat disukai oleh Allah SWT dimana umat islam digalakkan untuk melakukan amalan soleh padanya melainkan 10 hari terawal di bulan zulhijjah.


Ibadah sunnah di bulan zulhijjah

Ganjaran besar bagi bagi orang yang yang memperbanyakkan berbuat ibadat serta amalan sunat pada bulan Zulhijjah, pada bulan zulhijjah ini juga lah satu-satunya tempat serta ruang yang dibuka bagi umatnya untuk berbuat ibadat.

Pada bulan puasa yang dikenali sebagai bulan Ramadhan, kelebihan bagi bulan ramadhan adalah pada 10 malam terakhir beza pula bagi  bulan Zulhijjah kelebihannya adalah menggandakan amal ibadat pada 10 hari awal zulhijjah. Justeru, ini lah masa peluang untuk dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.


Jadual ibadat bulan zulhijjah

Jadual : 1 Zulhijjah - 9 Zulhijjah

10 malam zulhijjah yang mempunyai kelebihan disisi Allah, setiap umat islam dianjurkan melakukan amalan soleh sepanjang berada pada masa tempoh peluang yang cukup besar untuk kita jadikannya sebagai titik pembelajaran dengan mendidik diri untuk melakukan pelbagai amal kebaikan semaksimum yang boleh. Seperti :

Solat, puasa, zikrullah, bersedekah membaca baca Al-Quran, ziarah menziarahi. memperbanyakkan doa, menghadiri majlis ilmu banyakkan istigfar, amar maaruf nahi mungkar dan juga menjauhi dari segala perkara perbuatan yang dimurkai oleh Allah.

Sudah baca? Kerana amalan ini rezeki melimpah ruah

Panduan Ibadat Bulan Zulhijjah

Selain itu juga digalakkan untuk melakukan solat-solat sunat dimalam hari sebelum tidur dengan melaksanakan solat rawatip, solat tahajjut, solat taubat, solat tasbih, dolat istikharah, solat witir, solat hajat, solat dhuha dan solat Awwabin.

Amalan yang sangat digalakkan untuk sepanjang 10 awal Zulhijah adalah dengan lafaz niat kalimah dibawah.


Zikrullah bulan zulhijjah

1. Takhbir

 (الله أكبر) Allahu Akbar, Maksud : Allah Maha Besar

2. Tasbih 

 (سبحان الله) Subhanallah, Maksud : Maha Suci Allah

3. Tahmid

 (الحمد لله) Alhamdulillah, Maksud : Segala Puji Bagi Allah

4. Tahlil

 (لا إله إلا الله) Laa ilaaha illallah, Maksud : Tiada tuhan yang disembah selain Allah

5. Berselawat

(اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ)

Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad, 

Maksud : Ya Allah, berikanlah rahmat-Mu kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad.

Jadual : 1 Zulhijjah - 7 Zulhijjah atau bersamaan 11 hingga 17 Julai

1. Niat puasa pada hari 1 hingga 7 zulhijjah

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ ذِيْ الْحِجَّةِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Nouwaiti shouma syahri dzil hijjah sunnatansa lillahi ta'ala 

Ertinya :

"Sahaja aku puasa sunat di bulan zulhijjah kerana Allah ta'ala"


2. Niat puasa pada hari ke 8 zulhijjah bersamaan 18 julai

نويت صوم التروية سنة لله تعالى

Bacaan dalam rumi

Nouwaitu shouma al tarwiyata sunnatan lillahi ta’ala

Maksudnya :

"Sahaja aku puasa sunat HARI TARWIYAH kerana Allah ta'ala"


Niat puasa pada hari ke 9 zulhijjah

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلِّهِ تَعَالَى

Nawaitu shouma arafata sunnatan lillahi ta'ala

Maksudnya:

"Sahaja aku puasa sunat HARI ARAFAH kerana Allah ta'ala"


1 Zulhijjah 1441H bersamaan 11 julai bagi tahun 2021

1 Zulhijjah bersamaan 11 Julai

2 Zulhijjah bersamaan 12 Julai

3 Zulhijjah bersamaan 13 Julai 

4 Zulhijjah bersamaan 14 Julai 

5 Zulhijjah bersamaan 15 Julai 

6 Zulhijjah bersamaan 16 Julai 

7 Zulhijjah bersamaan 17 Julai

8 Zulhijjah bersamaan 18 Julai (Hari Tarwiyah)

9 Zulhijjah bersamaan 19 Julai (Hari Arafah).

Bagi umat islam yang ingin melaksanakan  ibadah korban ia adalah ibadah sunat muakkad, dan beberapa larangan yang perlu diikuti supaya dapat mengandakan pahala sewaktu melaksanakan ibadah korban dengan tidak berbuat seperti berikut :

a] Memotong kuku

b]  Mencabut rerambut

c] Membuang bulu-bulu pada tubuh


(Jadual Tarikh akhir untuk melakukan perkara diatas pada 10 zulhijjah)

Hari wuquf di arafah 9 zulhijjah


1. Doa pada bulan zulhijjah

Salah satu hari yang dijanjikan Allah paling mustajab doanya pada hari wuquf di arafah. Jadi dari itu apapun doa serta hajat yang kita panjatkan pasti dikabulkan oleh Allah. Maka dari itu banyak banyaklah kita berdoa pada hari Arafah

Inilah salah satu dimana hari yang telah dijanjikan Allah doa yang paling mustajab. Insya Allah

Sudah baca? Tiga golongan doa paling mustajab

2. Baca surah Al-Ihklas sebanyak 1000 

Panduan Ibadat Bulan Zulhijjah

Bacaan dalam Surah Al-Ikhlas dalam Rumi

"Qul huwal laahu ahad Allah hus-samad Lam yalid wa lam yuulad Wa lam yakul-lahu kufuwan ahad"

"Dengan nama Allah, Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; "Ia tiada beranak, dan tidak diperanakkan; "Dan tidak ada siapapun yang serupa denganNya"


3. Zulhijjah galakkan berpuasa

Seluruh Umat Islam digalakkan berpuasa pada 9 hari pertama di bulan Zulhijjah paling utama pada Hari Arafah. Dan tidak diragui lagi ibadat puasa amalan ibadat yang paling afdal di sisi Allah SWT. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 

"Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan selepasnya." 

Hari raya aidil adha 10 zulhijjah 

10 zulhijjah adalah panduan buat kita semua supaya tidak tersilap kerana diharamkan untuk berpuasa pada hari tersebut dan menunaikan sembahyang hari raya haji mengerjakan atau aidil adha di masjid dan digalakkan menjamah/makan dan minum selepas sesudah solat pulang dari masjid.

Haram untuk berpuasa pada :

10 Zulhijjah bersamaa 20 Julai

11 Zulhijjah bersamaan 21 Julai

12 Zulhijjah bersamaan 22 Julai

13 Zulhijjah bersamaan 23 Julai 


Jadual Hari tasyrik (11 Zulhijjah - 13 Zulhijjah)

Pada hari Tasyrik teruskan semua amalan-amalan seperti diatas selama tiga hari di bulan zulhijjah pada tanggal 11 zulhijjah, 12 zulhijjah dan 13 zulhijjah. termasuk juga dalam rangkaian iaitu pada hari raya haji/Idul Adha untuk makan minum serta mengingat Allah SWT.

Dalam masa yang sama pada hari Tasyrik juga, seluruh umat Islam akan melakukan ibadah penyembelihan haiwan korban melaksanakan syariat islam.

Sudah baca? Syaaban Bulan berselawat Akan Digugurkan Sepuluh Kesalahan

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama