Keturunan bugis selangor


Dalam kurun ke 17 orang bugis yang datang dari tanah bugis ia itu yang datang dari kepulauan sulawesi didapati telah berada bermastautin di di negeri lembah klang ia itu di negeri selangor, dalam pada itu, dalam pada masa yang sama tidak diketahui siapakah ketua yang membuat kediaman dan menetap di selangor.

Orang Selangor Dari Keturunan Bugis Apakah Benar


Daing lakani orang bugis

Dalam buku hasil penulisan RJ Wilkinson telah mengatakan ketua bagi orang orang bugis yang mula-mula memasuki selangor dan membuka tempat serta kediaman yang dikenal sebagai Daing Lakani, tetapi hal perkara yang diketahui tidak dapat disahkan lagi kebenarannya, kerana tiada lagi kerana dari mana punca dan darimana datangnya cerita ini yang masih lagi tidak mendapat kepastiannya.

Sudah baca? Selangor pada zaman purbakala


Orang bugis dari kelang

Dalam buku pendaftaran harian oleh Dagh Register , dimana orang - orang belanda di betawi yang dikenali sebagai Jakarta sekarang yang bertarikh pada tahun 1625 - 1685 dimana ada menyatakan bahawa pada ogos 1681. Seorang kedah yang telah mengaku sebagai adik sultan kedah telah meminta kebenaran dari perang belanda untuk mengunakan dinding sebagai tempat berkumpul seramai 150 orang-orang bugis dari kelang yang akan membantunya untuk melawan abangnya sebagai sultan kedah.


Dinding yang telah disebutkan itu adalah pulau pangkor, dan disitu terdapat gedung-gedung kota bagi orang orang belanda. Dalam bulan januari tahun 1682 pula orang itu telah meminta kebenaran lagi dari belanda untuk pergi ke selangor untuk meminta bantuan orang-orang bugis untuk melawan untuk menentang abangnya sultan kedah. Dengan dua buah kapal dan tiga atau 400 tentara bugis bagi membantunya, pasti dia dapat mengalahkannya.


Sudah baca? Bandar bandar purba dikesan

Pada tahun 1687, kompeni belanda telah meminta kerajaan johor supaya mengingatkan orang di tampin, rembau, sungai ujong, kelang dan selangor supaya jangan mengacau melaka ( pada masa itu melaka dalam perintah orang belanda).


Orang bugis mendiami negeri selangor

Daripada keterangan yang didapati itu, nyata menunjukkan bahawa dalam kurun masihi yang ke-17 itu, orang bugis telah ramai mendiami negeri selangor dan menunjukkan juga selangor masih lagi di bawah kuasa kerajaan johor, tetapi pada akhir kurun masihi yang ke-17, setelah kemangkatan sultan mahmud shah (ll) marhum mangkat di julang (1699), pemerintahan kerajaan johor-riau telah mulai lemah dan mudah sahaja dikalahkan oleh kuasa lain.

Sumber : Sejarah nusantara

BUYONG ADIL (DBP)

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama

Translate