Menyusu Bayi Wajib Bagi Ibu Dengan Syarat

Faktor kesibukan kerja

Ade segelintir ibu yang tidak tahu adakah wajib menyusukan anak? Dan Bagaimana jika atas faktor kesibukan kerja yang menjadi sebab serta punca tidak dapat menyusukan anak sendiri.

Ulama telah menyatakan dan bersepakat bahawa bagi seorang ibu adalah di wajibkan untuk menyusukan anaknya sekiranya anak itu menginginkan susu dari ibunya sahaja. Atau sekiranya tidak ada ibu susu selain daripadanya, atau bapa anak tersebut tidak mampu membayar upah susuan dan sebagainya.

Dosa tidak menyusu bayi

Maka dengan dari itu seorang ibu dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak, ibu akan dikira melakukan perbuatan yang mendatangkan dosa  jika tidak menyusukan bayi tanpa dengan alasan serta sebab dan alasan yang munasabah seperti faktor oleh kerana alasan masalah kesihatan dan sebagainya.

Sudah baca? Buang angin dalam pantang selepas bersalin

Kewajipan ini berdasarkan sebagai satu riwayat daripada Abu Umanah bahawa Rasulullah telah bersabda :

"Kemudian malaikat itu mengajakku meneruskan perjalanan, tiba-tiba aku melihat beberapa orang wanita yang kelihatan payudaranya di patuk oleh ular yang ganas aku bertanya ; 
kenapa mereka?' 
Malaikat itu menjawab: 
"mereka adalah para wanita yang tidak mahu menyusukan anak anak-anaknya (tanpa alasan syari'i)
 (Riwayat Ibnu Habban)

Berapa lama bayi menyusu

Pada yang baru melahirkan cahaya mata. Kebiasaan cuti bersalin yang diambil hanya tiga bulan sahaja. Selepas mula berkerja , di situ mulanya agak sukar untuk meneruskan untuk menyusukan bayi atau anak, perlu ke menyusu badan untuk tempoh dua tahun?

Penyusuan untuk tempoh selama dua tahun bagi bayi bukan suatu kemestian untuk dilakukan, tetapi sebaliknya ianya satu tempoh pilihan sendiri dan keperluan anak. Harus menyusukan anak kurang daripada dua tahun.

Imam Qurthubi  dalam tafsirnya berkata ,

"Boleh menambah tempoh kepada lebih dari dua tahun atau mengurangkannya,yang penting tidak akan menimbulkan kemudaratan kepada bayi dan kedua-dua ibu bapa"

Anak susuan menurut islam

Bagi yang sudah ada seorang anak dan berhasrat menginginkan untuk menyusukan seorang lagi bayi dan untuk menjadikannya anak angkat. Dan bagaimana boleh ke menjadi anak susuan kepada anak tersebut disini ada syaratnya susuan sebagai panduan :

5 syarat jadi anak susuan

1. Yakin air susu masuk ke dalam perut bayi

Sama ada anak itu menghisap atau menyusu secara langsung. Atau melalui susu badan itu dipamkan terlebih dahulu dan diberi minum mengunakan botol susu. 

Syarat ini telah dunyatakan oleh majoriti ulama dari Mazhab Hanafi, Syafi'i dan Hanbali.

Manakala bagi Mazhab Maliki pula menyatakan bahawa keyakinan air susu itu benar-benar sampai kedalam perut ianya bukanlah satu kemestian yang perlu diambil kira, tetapi sebaliknya cukup sekadar memadai dengan sangkaan atau syak.

Sudah baca? Sifat wanita yang disukai Allah

2. Memasukkan air susu ke dalam mulut bayi atau melalui lubang hidung.

Dengan kedua kaedah cara ini, maka dengan itu sabitlah anak susuan keran disebabkan terlaksana maksud makan.

Ada pula cara lainnya dengan melakukan suntikan susu kepada bayi, majoriti oleh ulama mengatakan itu sabit pengharamannya.

Pendapat dari mazhab Hanafi, pengharaman tidak terjadi disebabkan perbuatan itu tidak dianggap tidak sebagai penyusuan.

3. Susu tidak bercampur dengan bahan lain 

Menurut Mazhab Syafi'i dan Hanbali, susu yang bercampur dengan bahan lain akan dikira seperti susu asli dan menyebabkan sabit anak susuan.

Berbeza dengan mazhab Hanafi dan Maliki, sekiranya kuantiti susu ibu lebih banyak berbanding bahan lain, sabit akan dikira sebagai anak susuan.

Namun dari itu perlu diketahui, sekiranya air susu berubah rupa dan warna, maka tidak tercapai syarat yang ketiga ini.

4. Menyusu bayi hingga 2 tahun

Tempoh bagi usia umur dua tahun ini telah ditetapkan dalam surah al-baqarah ayat 223 :

5. 5 kali kenyang

Inilah pendapat imam al syafi'i dan satu riwayat daripada imam Ahmad. Antara dalilnya ialah riwayat daripada sayidatina Aisyah yang berkata : 

"Dahulu al quran turun menyebutkan 10 kali penyusuan yang dimaklumi dapat mengharamkan, kemudian diganti ketentuan tersebut dengan lima kali penyusuan" 
(Riwayat Al Bukhari)

Manakala mazhab Maliki dan Hanafi berpendapat tidak ditentukan kadar susuan, sedikit ataupun banyak ianya tetap akan menyebabkan pengharaman anak susuan itu.

Susu haram

Dalilnya menyatakan dalam surah Al - Nisa ayat yang ke 23 yang menjelaskan Allah tidak menyatakan bilangan susuan yang menyebabkan anak susu haram mengahwini ibu susunya.

Sudah baca? Bagi mereka yang tidak tahu solat berjemaah bersama keluarga

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama